Tuesday 19 July 2011

KEMPEN TUTUP AURAT DI PADANG POLO



Alhamdulilah...baru-baru ni Nisa' Ipoh timur berjaya turun ke Padang Polo untuk edarkan bookmark "kempen tutup aurat". Beraurakan "purple", ramai jugak ajk & ahli-ahli nisa yang turut serta dalam kempen tersebut. Sambil mengedarkan bookmark, mereka sempat memperkenalkan nisa' kepada pengunjung yang sedang berjogging. Ada juga pengunjung yang tertarik untuk memanggil nisa' membuat program bersama mereka. Nampaknya terlalu ramai mad'u di sana yang kita kena dekati dari sekarang... Tahniah & syabas Nisa' Ipoh Timur!!!

Monday 18 July 2011

GUGURNYA SEBUTIR MUTIARA Dr LO' LO'


Kita dikejutkan dengan berita kematian seorang muslimat yang berdedikasi, komited dan tidak kira  erti penat menjalankan tugasnya sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa. Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali dilaporkan telah kembali ke Rahmatullah pada jam 10.15 malam tadi. Saat akhir  Arwahyarhamah  masih mampu menulis diblognya dan arwah seorang srikandi yang gigih berjuang sehingga penghujung hayatnya. Allahuakbar. Marikahlah kita bersama-sama mendoakan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan orang-orang yang soleh. Amin....AL-FATIHAH.

Monday 11 July 2011

TAHNIAH!

Tahniah dan syabas kepada semua peserta bersih kerana sanggup mengharungi cabaran untuk bersama-sama menegakkan keadilan di Malysia ini. Semoga apa yang telah kita lalui ini bukan noktah untuk kita meneruskan perjuangan menentang kezaliman. Himpunan ini menunjukkan betapa marahnya rakyat terhadap kerajaan yang selama ini menipu, merompak dan sesuka hati menaikan harga barangan, minyak tarif lektrik dan sebagainya. Target kita PRU 13 nanti berlakunya satu fenomena yang positif dan semoga rakyat Malaysia sentiasa akan memberikan sokongan yang jitu terhadap kami. Takbir! Allahuakbar.

Tuesday 5 July 2011

Mat Sabu : PAS tetap sertai perhimpunan 9 Julai


Di sebalik pelbagai tekanan dan amaran kepada penyokong BERSIH 2.0, PAS yakin ramai rakyat negara ini akan memberanikan diri menyertai perhimpunan aman bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara itu.

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu juga berjanji anggota parti Islam itu akan berkelakuan baik dan mematuhi undang-undang.

azlan“Arahan presiden PAS (Datuk Seri Hadi Awang), mursyidul am (Datuk Nik Aziz Nik Mat) dan ketua Dewan Ulama (Datuk Harun Taib) supaya ahli turun menyertai perhimpunan itu... kita tidak ada pilihan melainkan menyertai perhimpunan ini.

“Semua anggota akan berkelakuan baik dan teratur seperti pada demonstrasi sebelum ini. Jika tidak, polis boleh bertindak ke atas mereka," katanya.
Menurut Mohamad, polis atau pihak keselamatan boleh menahan dan mengambil tindakan terhadap ahli PAS yang melanggar undang-undang.

"Polis boleh ambil tindakan atau menahan ahli PAS yang buat kacau seperti membakar kereta atau melempar batu. Kita tidak akan membela mereka kalau betul ahli PAS bertindak ganas," katanya.
Mohamad yang terkenal sebagai pemidato yang lantang hadir di balai polis daerah Gombak untuk memberi keterangan berhubung apa yang diperkatakannya pada muktamar parti itu yang lalu.

Katanya, PAS menyokong BERSIH kerana tuntutannya yang mahu pilihan raya yang bebas dan adil.
Ditanya apa yang akan dilakukan jika BERSIH membatalkan perhimpunan itu, Mohamad berkata terpulang kepada gabungan itu kerana mereka adalah badan yang bebas.
“Namun, kita akan tentukan apa yang perlu dilakukan seterusnya (jika ini berlaku),” katanya.

bersih rally 271207 01Mohamad juga memberi jaminan bahawa ramai akan keluar menyokong perhimpunan 9 Julai itu tetapi tidak dapat memberikan ramalan jumlahnya tetapi mengulangi ia adalah himpunan yang aman.

“Saya mahu polis dengan serius menyiasat sebuah pertubuhan yang mendakwa akan berlaku 'pertumpahan darah' jika BERSIH diteruskan. Perkataan seumpama ini berbaur hasutan dan tidak perlu,” katanya.