Sunday 28 August 2011

PROGRAM TAUTAN KASIH 2

PROGRAM : TAUTAN KASIH KALI KE 2
                      Sumbangan Biskut dan Duit Raya ke rumah Ibu Tunggal dan Keluarga kurang berkemampuan
TARIKH     : 27 OGOS 2011 / 9.30 PAGI

TEMPAT   : SEKITAR KAMPUNG SRI KINTA DAN PASIR PUTEH TAMBAHAN

ANJURAN : LUJNAH KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN DMP IT

Alhamdulillah , sekali lagi Lujnah Kebajikan bersama muslimat Ipoh Timur berkunjung ke rumah ibu-ibu tunggal dan keluarga yang kurang berkemampuan. Sumbangan Hamper Biskut Raya dan duit raya dihulurkan bagi meringankan sedikit membantu mereka bersama meraikan Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi..
Terima kasih kepada para dermawan yang menyumbang bagi menjayakan program ini...

 Ketua Lujnah Kebajikan & Kemasyarakat , Pn. Syarifah Murni ingin menyampaikan Hamper Biskut Raya dan Duit Raya kepada keluarga yang kurang berkemampuan...
  
Didoakan semoga ALLAH mempermudahkan urusan ibu tunggal ini, Pn Ani meneruskan kehidupan untuk membesarkan 5 orang anak2nya.






Gambar - gambar sekitar Program Tautan Kasih 2

Thursday 25 August 2011

RAMADHAN Kian meninggalkan kita...


Ramadhan hakikatnya adalah ibarat tetamu. Resmi tetamu adalah dilayan.
Tambahan, Ramadhan bukan sebarang tetamu. Ramadhan adalah tetamu yang membawa pelbagai hadiah yang mahal dan berharga.

Tempohnya sebulan. Singkat dan pendek. Tetapi pengisiannya di dalamnya padat. Cukup berkesan dan memberi makna kepada hamba-hamba Allah yang beriman.

Hari ni sudah masuk hari yg ke-26, berbaki 3 hari saja lagi…semakin terasa Ramadhan akan meninggalkan kita, lebih2 lagi dengan berkumandangnya lagu2 Hari Raya di sana sini.

Selepas ini, tidak ada lagi musim yang sama seperti Ramadhan. Musim yang memberi ketenangan kepada jiwa beriman, musim yang menghampirkan hamba-hamba lebih dekat kepada Rabbnya, serta musim yang melapangkan dan menyenangkan jiwa mukmin yang bersungguh-sungguh di dalamnya.

Memang benar apa yang pernah disabdakan oleh Nabi s.a.w.:
“Sekiranya hamba Allah mengetahui hakikat kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan sudah pasti mereka mengharapkan supaya bulan Ramadhan itu kekal sepanjang tahun”. 
(Riwayat At-Tabrani)
Bahkan Rasulullah s.a.w. juga menjanjikan dalam Ramadhan ini Allah membuka pintu syurga seluas-luasnya dan menutup pintu neraka serapat-rapatnya, bahkan syaitan dan iblis dibelenggu.
 
Allah sediakan Ramadhan ini khas sebagai satu medan untuk mendidik iman. Sebab itulah, di dalamnya diperbanyakkan dorongan-dorongan untuk melakukan kebaikan, dan disekat dorongan-dorongan untuk melakukan kejahatan.

Sebab itulah, natijah akhir Ramadhan sepatutnya adalah TAQWA.

Allah telah sebutkan dalam surah Al-Baqarah, ayat 3:
(لعلكم تتقون….)
“… supaya kamu menjadi orang-orang yang BERTAQWA.”
Sebab apa TAQWA?
Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 197 yang bermaksud:
“…Dan berbekallah kamu, maka sebaik-baik bekal adalah TAQWA.”

TAQWA itu natijah daripada proses didikan iman yang tersedia dalam Ramadhan ini. Kita keluar dari madrasah Ramadhan ini menjadi hamba Allah yang bersih daripada dosa dan bersedia untuk mengharungi 11 bulan yang mendatang dengan persediaan cukup rapi membawa bekal taqwa.


Justeru, perlunya kita mengkoreksi diri kita dalam beberapa hari yang berbaki ini, agak-agaknya kita akan keluar sebagai seorang graduan TAQWA atau tidak?

Berjaya atau tidak kita menyambut Syawal yang bakal tiba dengan ijazah TAQWA bersama kita?

Adakah iman kita tertingkat, atau maintain atau menurun?

Iman itu kan dibuktikan dengan AMAL

Mari muhasabah dengan hari yang berbaki ini..




Saturday 20 August 2011

BARANGAN LUJNAH EKONOMI DMPIT

PRODUK DAN JUALAN LUJNAH EKONOMI 
DEWAN MUSLIMAT IPOH TIMUR

Antara Barangan yang dijual oleh Lujnah Eknomi Ipoh Timur adalah 
1. Pen PAS - ISLAM FOR ALL
2. T.Shirt Muslimah
3. Biskut Raya
4. Barangan ICT (Pendrive , Antivirus , Internet Security)
5. Langganan Majalah SOLUSI secara bulanan.
Kepada yang berminat, boleh menghubungi 
Saudari  Salina : 013 5151252
Saudari Mazleen Musa : 0195934892
atau email (mazleenmusa@gmail.com)

Membeli sambil menderma untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan..
semoga diberkati...



 PEN YANG BERMUTU TINGGI
 TERDAPAT 2 JENIS & WARNA PEN
 PENDRIVE TERKINI = HARGA SEMASA 4GB RM24

 ANTIVIRUS 3 USERS = RM90 SAHAJA
 INTERNET SECURITY 3 USERS = RM108
 LANGGANAN MAJALAH SOLUSI
 BISKUT RAYA = RM 19 SAHAJA
 T.SHIRT MUSLIMAH = RM 30

 DENGAN PELBAGAI WARNA ..





Sunday 14 August 2011

PROGRAM TAUTAN KASIH

PROGRAM : TAUTAN KASIH
                      Ziarah dan Sumbangan keperluan dapur ke rumah orang miskin
TARIKH     : 13 OGOS 2011 / 11.30 PAGI

TEMPAT   : SEKITAR KAMPUNG SRI KINTA DAN PASIR PUTEH TAMBAHAN

ANJURAN : LUJNAH KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN DMP IT


      Syukur Alhamdulillah, sejurus sahaja selesai Usrah Muslimat , Ahli-ahli Muslimat membuat kunjungan dan ziarah kepada 5 buah keluarga miskin dan kurang berkemampuan di sekitar Kampung Sri Kinta dan Kampung Pasir Puteh Tambahan. Sumbangan berupa barangan keperluan dapur dihulurkan bagi membantu keluarga tersebut untuk menyediakan juadah berbuka puasa. 

     Dari pemerhatian kami, kebanyakan dari mereka mempunyai tanggungan yang agak besar dan tidak mempunyai sumber pendapatan yang stabil, dan boleh diibaratkan kais pagi, makan pagi dan kais petang makan petang.Kami sungguh terkejut, kerana ada juga dikalangan mereka yang tidak menerima bekalan air dan menggunakan perigi sahaja. Insyallah kami akan salurkan maklumat ini kepada pihak yang berkenaan untuk membantu mereka.

    
 Bantuan sekitar Kampung Pasir Puteh
 Maklumat diambil untuk direkodkn dan isyallah dipanjangkan kepada pihak yang berkenaan.
 Bantuan Barangan dapur disalurkan
 Bantuan kepada Ibu Tunggal dan anak-anak yang masih kecil.
 Keadaan rumah yang sempit dan tiada bekalan air
 Sangat terharu mendengar kisah mereka..


Sekalung penghargaan diucapkan kepada penderma yang budiman , semoga usaha yang kecil ini berterusan bagi membantu keluarga miskin yang ada di sekitar Kawasan Ipoh Timur.







Tuesday 2 August 2011

PROGRAM EDARAN BUAH TAMAR


Anjuran : Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan DMPIT
Lokasi : Balai Bomba Pengkalan
Tarikh : 1 Ramadhan 1432H / 1 Ogos 2011 
Masa : 6 petang

Alhamdulillah, sempena 1 Ramadhan 1432H, Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan DMPIT telah berjaya mengadakan program Edaran Buah Tamar di Balai Bomba Pengkalan. Terima kasih diucapkan kepada ketua balai yang sedia menerima kunjungan kami walaupun  sibuk bertugas. Selamat Berkhidmat untuk masyarakat demi agama bangsa dan negara tanpa mengira waktu...
Ramadhan Kareem dan Selamat Berpuasa. Semoga Diberkati...

 
 Sedang sibuk memasukkan risalah Ramadhan yang disediakan oleh Lujnah Penerangan dan 'Flyers Qaryah Ramadhan

Bersedia untuk membuat edaran



Menunggu Pegawai Bomba yang baru balik dari bertugas memadam kebakaran


Baru sahaja balik dari bertugas di luar, memadam kebakaran  di kawasan sekitar Batu Gajah..