Friday 30 September 2011

60 tahun perjuangan PAS dalam kerangka demokrasi




KUALA LUMPUR, 30 Sept: Menjelang Sambutan 60 Tahun PAS yang bermula malam ini, PAS menjelaskan bahawa aktiviti dan perjuangannya adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini, aktiviti dan perjuangan PAS yang dimaksudkan termasuklah:

1. Soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama-agama lain
2. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda masing-masing
3. Kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu dan
4. Kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Kenyataan itu turut menyatakan dengan jelas komitmen PAS untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini, menerusi muafakat rakyat yang telah dipersetujui dalam penegasan bersama yang disebutkan dalam Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Buku Jingga.

PAS turut berjanji untuk terus berpegang dan memperjuangkan prinsip negara berkebajikan yang menuntut dilaksanakan keadilan Islam untuk semua dalam masyarakat.

Pada masa yang sama, Tuan Ibrahim berkata PAS turut memberikan jaminan akan menolak sekeras-kerasnya tindakan yang berunsur kezaliman terhadap mana-mana rakyat dalam semua tindakannya samada di peringkat dasar parti atau kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

Menyentuh mengenai perbezaan pendapat dengan DAP dalam melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menjelaskan bahawa perbezaan tersebut berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana ujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan,” kata beliau lagi.

Tuan Ibrahim turut menegaskan bahawa PAS melihat perakuan Pakatan Rakyat terhadap Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu sebagai satu hak untuk kerajaan negeri untuk memperkanunkan undang-undang tersebut.

“Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah. Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka. 

"Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya,” kata kenyataan itu lagi.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS malam semalam telah mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama di samping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud.

Kesemua komponen parti katanya memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat wujud.

"Kita mendengar penjelasan Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat dengan pindaan perlembagaan persekutuan.

"Kita tidak boleh menafikan mana-mana hak PAS, DAP dan PKR untuk mengemukakan pandangan termasuk dalam isu syariah.

"Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tuesday 27 September 2011

Hantu Bonceng: PAS, pengarah anggap selesai

Setelah bantahan keras sebelumnya, Pemuda PAS dan pengarah filem Hantu Bonceng Ahmad Idham Ahmad Nadzri mencapai kata sepakat bahawa isu "penghinaan" Islam dalam filem itu dianggap selesai.

hantu bonceng the movie"Dalam kesempatan ini juga, kedua-dua belah pihak memohon agar isu berkaitan ini tidak lagi diperbesarkan dan dipertikai oleh mana-mana pihak kerana isu terbabit telah diselesaikan dalam pertemuan ini," demikian menurut kenyataan bersama dewan itu dan penerbit Excellent Pictures Sdn Bhd.

Dalam pertemuan itu, Pemuda PAS diwakili ketuanya Nasrudin Hassan.

Nasrudin pada 19 September lalu mendakwa filem yang dibintangi pelawak terkenal Zizan - atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak - mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.

Dua hari selepas itu, mereka juga menyerahkan memorandum bantahan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana beranggapan Hantu Bonceng tidak mengendahkan panduan penerbitan berhubung dan "unsur yang bercanggah dengan akidah dan amalan Ahli Sunnah Waljamaah".

hantu bonceng the movieDalam kenyataan yang disiarkan dalam web Pemuda PAS itu semalam, dalam pertemuan Pemuda PAS dan penerbitan Hantu Bonceng, kedua-dua pihak saling memberi dan mendengar penjelasan, selain mengenali satu sama lain.

Siswa: Sastera itu luas
Menurut kenyataan itu, Ahmad Idham merasakan pertemuan itu memberikan hasil positif, menunjukkan keterbukaan kedua-dua pihak, sekali gus mampu memperbaiki penghasilan filem akan datang.

Dalam pertemuan itu juga, Ahmad Idham memberi penerangan kepada dewan itu berkaitan senario industri perfileman tempatan.

Dalam perkembangan berkaitan, sekumpulan aktivis mahasiswa juga mengadakan pertemuan dengan Ahmad Idham berhubung isu itu dan mendapati babak kontroversi yang dibangkitkan tidak salah kerana "sastera itu nilainya sangat luas".

NONE"Saya harap mahasiswa perlu mendapatkan maklumat yang tepat sebelum membuat sebarang persepsi dan tanggapan negatif terhadp sesuatu perkara," ujar Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) Mohd Syahid Mohd Zaini.

Dalam sesi tidak formal itu, Ahmad Idham menjelaskan, dalam dunia perfileman, ruang dakwah dan mendidik masyarakat ke arah kebaikan sangat luas dan perlu disampaikan dengan bahasa yang mudah.

Turut hadir Pengerusi Soladiriti Mahasiswa Malaysia(SMM) Ahmad Syukri Ab Razab.

Monday 26 September 2011

Hudud: Pemimpin Pakatan bincang Rabu ini

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat akan membincangkan ketidak-sefahaman mereka mengenai isu sensitif hudud pada mesyuarat bulanan mereka, Rabu ini.

Anwar at PKR hari raya open house 2011Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu demikian kepada pemberita hari ini semasa majlis rumah terbuka Hari Raya PKR di Tropicana Petaling Jaya.

Katanya, mesyuarat itu pada mulanya dirancang untuk membincangkan Bajet 2012 yang akan dibentangkan perdana menteri pada 7 Oktober dan pra-belanjawan Pakatan juga, tetapi kini akan turut membincangkan isu hudud.
Menurut beliau berbeza dengan BN, Pakatan bergerak menerusi persetujuan bersama semua komponennya dalam isu yang melibatkan kepentingan awam.

"Kontroversi diperbesarkan di media daripada (keadaan) sebenarnya kerana (ia) bukan isu baru. Sebagai Muslim saya menyarankan sesiapa tolak hukum Islam kalau pemimpin Umno nak buat, itu hak mereka. Tetapi mesti ada muafakat dalam Pakatan Rakyat, mesti ada perbincangan dalam perjanjian ikut perlembagaan. Itu akan dibincangkan Rabu ini.

"Kita dengar kebimbangan dia (Karpal), tapi bagi saya ini bukan perkara baru. Kita sedia bincang. Ini prinsip Pakatan Rakyat. Kita bukan Umno. Mengarahkan. Kita mesti ada konsensus," katanya.

azlanIsu hudud mula disensasikan media aliran utama sejak minggu lalu yang mendakwa hubungan Pakatan Rakyat semakin retak.

Hari ini muka depan surat khabar Mingguan Malaysia dengan jelas melaporkan kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh membidas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaaan isu ini.

Khamis lalu, Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata beliau lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.
Semalam, Karpal Singh meminta Pakatan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan dan menyelesaikan pendirian parti PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

NONEKatanya, parti itu sentiasa membantah agenda penubuhan negara Islam dan sekretariat Pakatan harus mengatur mesyuarat tergempar mengenai rancangan parti PAS itu.

Katanya sebarang kelewatan menangani isu kontroversi itu akan menghakis teruk keyakinan awam khususnya di kalangan bukan Islam dalam Pakatan.
Bagaimanapun, menurut Anwar, persoalan mengenai hudud ini adalah cubaan untuk mengalihkan rakyat dari isu yang membelenggu kerajaan BN.

Beliau menyatakan isu ini adalah isu yang berlarutan dan boleh dibincangkan dalam kerangka berbeza di peringkat Persekutuan dan Kelantan.

Malah, Umno turut dikecam MCA dan Gerakan berkenaan isu ini.

"Dalam konteks Persekutuan, kita akan dikekang rangka perlembagaan. Dan (perbincangan) dapat lihat bagaimana PAS artikulasikan visi mereka dan untuk DAP untuk suarakan pendapat mereka. Itu semangat yang kita perlukan.

“Saya tak fikir apa-apa akan berlaku dengan cepat tapi media digunakan untuk sorok isu korupsi, pembunuhan, salah guna kuasa. Isu ini digunakan dan MCA, ambil kesempatan masuk, apa yang baru dalam hal ini?" soal Anwar.

Wednesday 21 September 2011

Salam Takziah

Saf Kepimpinan Dewan Muslimat PAS Kawasan ipoh Timur, mengucapkan salam takziah kepada keluarga Puan Hanisah Hassan, Ketua Muslimat PAS Kawasan Ipoh Timur kerana ibu mertuanya telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.00 malam 20 September 2011. Semoga roh arwah dicucuri rahmat amin.

Sunday 18 September 2011

Program HaLWa UPU Pengkalan Barat

Syukur Alhamdulilah , seperti yang telah dirancang Program Anjuran HaLWa Pengkalan Barat , Unit Kebajikan & Penerangan telah melaksanakan Program Solat Hajat, Bacaan Yassin dan Teknik Menjawab Soalan Matematik PMR. Terima kasih di atas sokongan ibu bapa dan pelajar yang hadir .  Didoakan semoga calon peperiksaan Awam , PMR, SPM , STPM dan STAM 2011 dapat menjawab soalan dengan tenang dan beroleh kecemerlangan di dunia dan akhirat.

 Tazkirah Ringkas oleh Ustaz Halim sebelum memulakan Solat Hajat dan Bacaan Yassin.
 Pelajar dan bapa kusyuk mendengar
 Kaum ibu juga menghadirkan diri memberi sokongan kepada anak-anak.

Solat Hajat bersama ibu bapa dan pelajar

 Bacaan Yassin bersama ibu bapa dan pelajar


 Teknik Menjawab Soalan Matematik PMR oleh Cikgu Mazleen Musa
 Kusyuk mendengar


Motivasi ringkas kepada pelajar-pelajar  oleh Pn. Juliana Abd. Rahman

DOA+USAHA+TAWAKKAL
SEMOGA BERJAYA
MAN JADDA WAJADDA
SIAPA YANG BERUSAHA, DIA AKAN BERJAYA
INSYALLAH

Tuesday 13 September 2011

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara: 
  • Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
  • Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
  • Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
  • Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  • Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.
  • Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
  • Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

  • Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
  • Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
  • Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

PROGRAM HUJUNG MINGGU

DIJEMPUT UNTUK SEMUA HADIR KE PROGRAM SOLAT HAJAT, BACAAN YASSIN DAN BENGKEL PERSEDIAKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN:- TEKNIK MENJAWAB SOALAN MATEMATIK PMR YANG AKAN DIADAKAN PADA 18 SEPTEMBER 2011 DI SURAU FLAT CONOLLY JAM 8.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI. ANJURAN LAJNAH KEBAJIKAN DMPK DAN HALWA. DI MINTA SEMUA MUSLIMAT HADIR. WALLAHUA'LAM.

Monday 5 September 2011

Peluru tentera AU bunuh jurukamera BernamaTV




5 September 
Tembakan yang membunuh jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor dan mencederakan jurukamera TV3 dilepaskan oleh tentera pengaman Kesatuan Afrika (AU), lapor media Barat dan Afrika
somalia soldiers on truck 1"Fakta sekarang agak kabur, saya bercakap secara peribadi dengan presiden Somalia mengenai kejadian itu dan saya secara ikhlas memberi jaminan bahawa siasatan penuh akan dijalankan.

"Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana askar yang didapati bertindak melulu, " lapor New York Times yang memetik komander tentera pengaman Australia Mejar Jeneral Fred Mugisha.

Maklumat ini bagaimanapun belum disampaikan dalam kenyataan kepada kerajaan Malaysia yang masih berusaha menentukan punca serangan dan dalang di sebalik kejadian Jumaat lalu itu.

noramfaizul mohd norPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau menghubungi kerajaan Somalia mengenai isu itu dan dijanjikan laporan penuh oleh Presiden Somalia Sheikh Sharif Sheikh Ahmed sebaik sisatan selesai.

Pembangkang, keluarga allahyarham dan anggota NGO sebelum ini mengecam penganjur misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia.

Ini kerana mereka didakwa gagal memberi perlindungan dan latihan mencukupi kepada kumpulan wartawan yang dibawa ke Somalia bagi membuat liputan.

Wartawan terlibat memaklumkan mereka tidak dibekalkan jaket kalis peluru, mahupun diberi latihan khusus tentang apa yang perlu dilakukan bagi menghadapi bahaya di zon pertempuran.

najib bernamatv cameraman 040911Najib pula pada sidang akhbarnya semalam berkata, kini bukan masanya untuk menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak berhubung kematian jurukamera BernamaTV itu.

"Ini merupakan sebahagian (daripada bidang kewartawanan).

"Kamu boleh mengambil langkah keselamatan tetapi tiada jaminan sepenuhnya (mengenai keselamatan) sebaik anda berada di kawasan konflik," katanya.