Monday 16 December 2013

Sah, 2014 bakal diingati Tahun Barang Naik - Rafizi


KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli berkata, kenyataan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) seperti yang dilaporkan media bahawa kerajaan sedang menimbang untuk menaikkan tambang pengangkutan awam mengesahkan lagi dakwaan beliau sebelum ini bahawa tahun 2014 bakal diingati sebagai Tahun Barang Naik (BN) 2014.
“Saya pernah memberi amaran bahawa Barisan Nasional merancang untuk menaikkan satu persatu harga perkhidmatan dan barang keperluan sepanjang tahun 2014 untuk memastikan kenaikan harga ini berlaku sebelum GST dilaksanakan menjelang Mac 2015,” ujar Pengarah Strategi PKR itu dalam satu kenyataan.
Katanya, Barisan Nasional tahu bahawa pelaksanaan GST akan melonjakkan kadar inflasi, maka sukar untuk mereka menaikkan harga barang keperluan selepas pelaksanaan GST memandangkan pilihanraya umum perlu dipanggil sekitar 2017 atau 2018.
Beliau berkata, keputusan untuk menaikkan harga barang telah pun dibuat seawal tahun pertama Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam tahun 2009 lagi.
Malah sejak 2009, ujarnya Pemandu dan menteri yang bertanggungjawab, Datuk Seri Idris Jala secara terbuka membincangkan rancangan penarikan balik subsidi dari pelbagai sektor termasuk kadar pengurangannya sekali yang melibatkan kadar tol, harga gula dan makan, tarif elektrik dan lain-lain. Katanya, kenaikan-kenaikan hanya tidak dilaksanakan kerana Barisan Nasional takutkan kemarahan rakyat mempengaruhi tahap sokongan PRU13.
Namun kini, ujar beliau selepas penyelewengan PRU13 yang mengembalikan Barisan Nasional ke Putrajaya, mereka mengambil kesempatan untuk mula melaksanakan keputusan-keputusan menaikkan harga barang yang telah dirancang selama ini.
“Pengumuman berturut-turut melibatkan kenaikan harga petrol/diesel, harga gula dan harga elektrik mengesahkan bahawa akan ada lagi kenaikan lain yang bakal diumumkan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan.
Malangnya, tambah beliau kenaikan-kenaikan ini melibatkan barang dan perkhidmatan ruji (essential goods and services) yang membawa kesan berganda kepada harga-harga barang yang lain. Menurutnya, peningkatan kos tenaga dan makanan utama bermakna kos pelbagai barang dan perkhidmatan lain yang berkait dengannya akan turut naik.
Katanya lagi, kesan berganda ini sudah tentu mempengaruhi kadar inflasi yang akhirnya menaikkan harga barang secara keseluruhan. Beliau menambah, lebih memualkan ialah apabila sebarang penjimatan yang diperolehi Kerajaan Persekutuan dari kenaikan harga barang ini akan dibazirkan melalui pembaziran projek-projek besar dan pemberian BR1M yang tidak mengubah kedudukan sosio ekonomi golongan berpendapatan rendah.
Menurutnya, jumlah bantuan yang diberikan melalui BR1M, walaupun menelan hingga RM7 billion, tidak pun dapat membantu rakyat berhadapan dengan kenaikan harga yang berturut-turut ini.
“Oleh yang demikian, jika Barisan Nasional ingin membuktikan bahawa mereka tidak merancang untuk menaikkan harga barang satu persatu sepanjang tahun 2014 sebelum pelaksanaan GST seperti yang saya dakwa, saya mendesak Barisan Nasional membuat akujanji dengan rakyat bahawa tidak akan ada sebarang kenaikan tambang pengangkutan awam sehingga tahun 2017.
“Jika akujanji ini dibuat, saya bersedia memohon maaf secara terbuka kepada Barisan Nasional kerana konsisten mengkritik cadangan mereka memotong subsidi dan menaikkan harga barang satu persatu dalam tahun 2014 ini,” ujarnya lagi.

Tuesday 18 June 2013

Sidang Parlimen ke-13 dijangka paling panas



TANGGAL 24 Jun ini akan menyaksikan permulaan episod baru dari kalendar Parlimen negara. Sidang Parlimen ke-13 ini dijangka lebih menarik dan mencabar khususnya bagi Ahli Parlimen BN mahupun PR, susulan keputusan PRU13 yang berakhir Mei lalu. Antara isu yang akan menjadi tumpuan di awal sidang Parlimen ini adalah persoalan sama ada Ahli Parlimen PR akan mengangkat sumpah pada sesi pembukaan Dewan Rakyat, Isnin ini. Ramai pastinya tertunggu-tunggu adakah PR akan kotakan janjinya yang menegaskan akan tetap mengangkat sumpah, meskipun sebelum ini membiarkan ia menjadi tanda tanya. 


 15 Jun lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh, menegaskan kesemua Ahli Parlimen PR tidak akan memboikot persidangan Parlimen ke-13 dan akan mengangkat sumpah 24 Jun ini. Walaupun PR mengangkat sumpah, isu ini pastinya akan menjadi modal pihak lawan kerana PR masih lagi belum secara rasmi mengiktiraf keputusan PRU13 yang dimenangi BN. BN dijangka akan menggunakan isu ini sebagai 'perang psikologi' terhadap Ahli Parlimen pembangkang yang sebelum ini menyatakan pendirian akan memboikot sidang Parlimen. Selain itu, isu dakwat kekal juga dilihat akan menjadi tajuk utama perbahasan dalam tempoh awal sidang Dewan Rakyat. Ini kerana penggunaan dakwat kekal pada mulanya diluluskan oleh Parlimen dan kemudiannya dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam PRU13. 


 Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, yang baru dipilih rakyat, percaya isu dakwat kekal akan menjadi fokus utama dalam persidangan kali ini. “Saya sering menerima surat-surat daripada rakyat mengenai isu dakwat kekal ini dan percaya, minggu pertama persidangan akan hangat,” katanya. Dalam PRU13, perlaksanaan dakwat kekal dilihat tidak sempurna kerana wujud dakwaan dakwat tersebut boleh tanggal tidak sampai beberapa jam setelah dicalit petugas SPR. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf, sendiri mengakui perlaksanaan dakwat kekal tidak seperti yang beliau jangkakan, walaupun pelbagai usaha dan kajian dilakukan untuk memastikan ia menepati matlamat.



 “Kalau orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal,” katanya kepada Sinar Harian. Selain itu, isu-isu lain yang dijangka akan disentuh di peringkat awal persidangan adalah isu perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP), janji manifesto PRU13, isu penurunan harga kereta dan isu bantahan pilihan raya seperti Himpunan Blackout 505. Dalam sesi perbahasan kali ini, muka-muka baru ahli parlimen pembangkang yang dijangka mampu memberi impak adalah Rafizi dari PKR; Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan (Pas); Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari (DAP) dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Pas). Bagaimanapun, PR kehilangan pemimpin yang boleh berhujah seperti Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Dr Dzulkifli Ahmad dan Salahuddin Ayub kerana kalah pada PRU13.



 BN pula pastinya akan diketuai Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, setelah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana, yang bertanggungjawab ke atas Parlimen. Muka-muka baru dalam BN pula antaranya, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa (Umno); Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Umno) dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim (Umno). Namun, BN pastinya kehilangan tokoh-tokoh pendebat seperti Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman kerana telah dilantik menganggotai barisan Kabinet. Selain itu, BN juga kehilangan Datuk Saifuddin Abdullah, Dr Mohd Puad Zarkashi dan Datuk Mohamad Aziz kerana kalah dan tidak bertanding dalam PRU yang lalu. 



 Jika dilihat dari senarai ahli parlimen kali ini, BN banyak didominasi wakil dari Umno, manakala PR mempunyai jumlah ahli parlimen yang seimbang di antara ketiga-tiga parti. Berdasarkan keputusan PRU13, Umno berjaya memenangi 89 kerusi dari 133 kerusi keseluruhan BN, manakala PR pula mendapat 89 kerusi, iaitu DAP (38), PKR (28) dan Pas (21). Sidang kali ini juga menyaksikan ketiadaan Ahli Parlimen Bebas kerana semua mereka, termasuk Datuk Zulkifli Noordin, yang bertanding atas tiket BN di Parlimen Shah Alam, kalah pada 5 Mei lalu. 



 Namun, yang pastinya rakyat mahukan perbahasan dan hujah di Dewan Rakyat kali ini lebih baik, bernas dan bukan retorik. Kegagalan BN mendapat majoriti dua per tiga dalam Parlimen juga dilihat akan memainkan peranan penting kerana berdasarkan perbezaan jumlah Ahli Parlimen kali ini, bukan mudah sesuatu keputusan berpihak kepada kerajaan. Jika kesemua Ahli Parlimen komited untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan, rakyat pastinya akan dapat menilai sejauh mana wakil rakyat mereka mampu berkhidmat untuk rakyat. Artikel Berkaitan

Wednesday 5 June 2013

Mas kahwin RM41,101?.. Kerja apa si Saiful ni?

Mukhiz menepung tawar kepada pasangan pengantin


                                        Ustaz Nasharuddin turut hadir


Pemilik Blogger , Papagomo juga hadir meraikan pengantin

Sekarang musim orang kahwin. Yang suka dilihat adalah gambar Ustaz Azhar Idrus berkahwin tiga. Namun ada satu perkahwinan yang tidak berapa suka dilihat khasnya oleh ahli PAS. Ia adalah perkahwinan Saiful Bukhari dengan pasangannya Nik Suryani Megat Deraman di Dewan Dataran Karyawan Kompleks Belia Sukan Seksyen 7 di sini malam tadi. Yang tak suka dilihat adalah tokoh-tokoh yang turut serta di majlis resepsi itu selepas majlis akad nikah di Kuala Terengganu. 
 Dengan bertemakan Garden Wedding, kira-kira 800 pengunjung yang hadir pada majlis tersebut turut dihiburkan dengan alunan music jazz yang dibawa oleh Jimmy and Fans semasa majlis itu sedang berlangsung. Menurut blog KLpos, antara tetamu kenamaan yang hadir pada majlis tersebut adalah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukriz Mahathir, bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Perkasa Zulkifli Noordin dan blogger kontroversi Papa Gomo. Pada 25 Mei lalu, Saiful Bukhari Azlan diijabkabulkan di Masjid Kristal Taman Tamadun Islam (TTI) berwalikan bapa pengantin perempuan sekaligus sah bergelar suami kepada salah seorang personaliti TV3, Nik Suryani. Dengan jumlah mas kahwin berjumlah RM41,101, majlis diserikan dengan 9 dulang hantaran yang diiringi rombongan pengantin lelaki dan dibalas 11 dulang dari pihak keluarga Nik Suryani ~ Harakahdaily

Thursday 30 May 2013

Zambry Kadir Akan Bubarkan DUN Dalam Tempoh 6 Bulan Lagi?


Beberapa ADUN UMNO didakwa akan melompat dan juga petisyen dari PR Perak yang peluang cerah untuk menang 2 atau 3 kerusi, DS Zambry Kadir mungkin menghadap DYMM Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak.

UMNO kemungkinan besar tidak akan membenarkan keputusan mahkamah menentukan kerajaan rakyat Pakatan Rakyat.

Bagi UMNO mereka tidak akan serah ,kuasa dengan begitu mudah. Pilihan baik DS Zambry Kadir membubarkan DUN Perak ,lantas mengadakan Pilihanraya Negeri Perak sekali lagi.

UMNO sekali mengharapkan undi orang Melayu untuk menyelamatkan kerajaan mereka

Tuesday 28 May 2013

Kejadian Lampu Padan : Wan Ahmad malukan SPR

KUALA LUMPUR: Tindakan Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang membuat penafian melulu terhadap dakwaan berlakunya 'lampu padam' di beberapa kawasan ketika pengiraan undi pada 5 Meli lalu, hanya memalukan bukan sahaja diri beliau malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri. Bagi Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, tindakan Timbalan Pengerusi SPR itu hanya menunjukkan sikap angkuh beliau seperti tidak mahu mangakui wujudnya kepincangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. "Saya nak ingatkan beliau (Wan Ahmad), jangan cepat sangat buat penafian, selidik lah dahulu dakwaan-dakwaan yang di kemukakan. "Jangan ambil sikap mudah anggap semua dakwaan dari rakyat ini sebagai fitnah, sekurang-kurangnya dengar dan selidik lah dahulu sebelum buat kenyataan balas," katanya kepada Harakahdaily. 

 Sebelum ini beberapa pihak memuat naik sekeping gambar di internet mendakwa berlaku insiden lampu padam ketika proses pengiraan undi pada PRU13 lalu. Tidak berapa lama kemudian, Wan Ahmad tampil dengan kenyataannya bahawa gambar tersebut adalah fitnah. Malah beliau dengan tegas mendakwa gambar itu hanya lakonan pihak tertentu yang dirakamkan sebelum PRU-13 lagi. Sehari selepas penafian Wan Ahmad itu, Adun PAS Seri Serdang Noor Hanim Ismail mengadakan sidang media mengatakan sememangnya insiden lampu padam itu berlaku di salah satu pusat mengundi di kawasannya. 

 Menurut Noor Hanim, kejadian itu berlaku pada 5 Mei lalu di Sekolah Kebangsaan Serdang, dan dirakam oleh ejen penjumlahan undi dari parti tersebut. Selain beliau, satu lagi bukti laporan polis turut ditampilkan ketua pasukan #SiasatPRU13 Rafizi Ramli dengan mendakwa insiden sama turut berlaku di Parlimen Kulim Bandar Baharu. Hari ini pula, Wan Ahmad dengan nada berbeza membayangkan kenyataannya sebelum ini tidak tepat kerana penafian itu dibuat berdasarkan laporan 24 yang diterima selepas hari pengundian. Katanya, pihak SPR telah menghubungi pegawainya, polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan dimaklumkan tiada laporan lampu padam diterima. Mengulas lanjut, Mohd Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Kerai berkata, SPR jangan menganggap bahawa PRU13 kali ini paling 'perfect'. Sebaliknya segala dakwaan kepincangan serta bukti yang ditampilkan oleh rakyat harus didengar dan disiasat dengan baik.

Muslimat Ipoh Timur :Ada tangan - tangan ajaib yang padamkan lampu itu dan terjadi pulak di tempat-tempat tertentu. Elok sahaja habis pengiraan undi lampu pun dipasang balik. Macam Lawak je... Wahai SPR jangan jadi anjing BN untuk kepentingan sendiri nanti anda akan merana. Nanti kena penjara macam di Thailand baru tahu .Semoga kebenaran akan berjaya ditegakkan oleh Pakatan Rakyat. Jangan mengaku kalah, perjuangan itu memang pahit kerana syurga itu manis...

Thursday 14 March 2013

Lahad Datu: PAS Perak gesa batal program hiburan



KUALA LUMPUR: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak meminta agar semua agensi kerajaan negeri agar membatalkan semua bentuk hiburan di dalam program-program yang akan diadakan bagi menghormati anggota keselamatan yang terkorban dalam tragedi di Lahad Datu, Sabah.

“Kami mahu rakyat insaf dan terkesan dengan insiden seumpama ini dan mana-mana program hiburan yang dirancang jelas menunjukkan ketidakprihatinan kita bagi menghormati wira-wira negara yang telah terkorban,” ujarnya Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri al-Amin (gambar) dalam satu kenyataan.

Katanya, PAS Perak dimaklumkan ada beberapa program besar yang dirancang oleh kerajaan negeri nanti akan diselitkan dengan pengisian hiburan.
Tambahnya, PAS negeri merasakan ianya sesuatu yang amat mendukacitakan bagi rakyat jika perkara itubenar dan pihak kerajaan negeri masih mahu meneruskan program tersebut tanpa mengambil kira sensitiviti keluarga wira-wira negara yang terkorban.
Katanya, ketika kejadian tsunami yang pernah berlaku pada akhir Disember 2004 lalu, Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Mohamed Ghazali, yang ketika adalah Menteri Besar Negeri Perak telah membatalkan semua bentuk hiburan termasuk sambutan malam ambang tahun baru yang telah dijadikan acara tahunan.
\“Justeru itu, kami mengharapkan terutamanya Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir seorang yang berkelulusan agama akan dapat memastikan agar semua bentuk hiburan yang dimasukkan di dalam program-program kerajaan negeri ini akan dibatalkan,” ujarnya
.

Wednesday 13 March 2013

Dengarlah nasihat ibumu ini...



Suatu hari Ibu ikan memberikan nasihat kepada anak-anaknya. "Wahai anak-anakku, didorong rasa sayang ibu kepada kalian, ibu berpesan seandainya ada benda melengkung seperti logam (kail) berisi makanan atau cacing (umpan) kesukaan kalian tolong jangan kalian makan. Itu sangat berbahaya! Jika kalian memakannya maka logam melengkung tadi akan menjerat kerongkong kalian. Kemudian kalian akan ditariknya ke atas darat. Jika hal itu terjadi, ibu sudah tidak dapat membantu kalian lagi. Mulai saat itu kehidupan kalian akan terseksa. Kalian akan bertemu dengan makhluk raksasa bernama manusia. Manusia itu akan membunuhmu kemudian menguliti sirip-siripmu dengan pisau, membedah perutmu kemudian mengeluarkan isi perutmu. Setelah itu kalian akan diberi segala perasa dan dimasukkan ke dalam kuali berisi minyak yang mendidih. Tubuh kalian akan digoreng di dalamnya. Kalian akan menggelepar dan sangat tersiksa. Ingatlah akan nasihat Ibu ini!"



Begitulah manusia, jika tidak mengikuti nasihat Nabinya yang merupakan utusan ALLAH SWT. Maka akan mengalami kehidupan yang sengsara dan menderita terutama di akhirat nanti. Pancingan dunia yang mempesona dengan umpan-umpan harta, pangkat dan jabatan jika tidak digunakan dengan cara agama (sesuai petunjuk ALLAH SWT dan contoh Rasul-Nya) atau digunakan untuk agama. Maka pancingan dunia tadi akan membuat manusia terjerat penderitaan abadi tiada akhir. Manusia akan menggelepar, mengerang sakit tak terperi dan terseksa dalam dahsyatnya azab neraka. Penyesalan saat itu sudah tidak ada ertinya lagi. Air mata darah sekalipun sudah tidak berguna sama sekali. 
"Wahai manusia dengarkanlah nasihat Nabimu!!!"

p/s: moga kita tidak dilalaikan dengan tipu daya dunia yang sentiasa membelenggu di leher-leher kita semua.


Friday 8 March 2013

Kejadian Wanita








Ketika Allah menciptakan wanita,
Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"

Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti dibersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh digerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan... 

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya... 

Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan... Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...  Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?" "Tetapi... ,Engkau membuatnya begitu halus & lembut" "Ya... , AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa" "Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya

Malaikat itu menyentuh dadanya, "Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya" "Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga" "Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya... .., Harus... !!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki... 

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri... 

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit... 

Mampu tertawa saat hatinya menangis...  Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya... 

Dia boleh melawan ketidakadilan... 

Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia... 

Hatinya terluka saat melihat kesedihan... 

Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka... 

"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya satu hal... .., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"

selamat hari wanita kepada semua wanita diseluruh dunia. Ketahuilah akan peranan anda yg sangat besar untuk melahirkan para pejuang. Sessugguhnya setiap kejadian Allah itu banyak manfaatnya. Hargailah dirimu wahai wanita. -Jadikanlah anda seorang wanita solehah. :-)

Wednesday 6 March 2013

Adanya media baru segala ketidakadilan dikenalpasti


(Bayangkan kalau kad ini ditemui ketika Lokman ini masih bersama PKR ketika tragedi Lahad Datu ini berlaku)


KUALA LUMPUR: Bayangkan jika peristiwa keganasan di Lahad Datu berlaku 10 tahun yang lalu sudah pasti pemimpin  Pakatan Rakyat dicincang lumat oleh media ortodok Umno di negara ini. Namun bersyukurlah kerana di zaman informasi bebas bergerak ini, ia tidak berlaku.

"Nasib menyebelahi PR kerana sekarang ada media baru, maka penjelasan boleh dibuat secepat kilat," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Dengan ini, katanya, perancangan mereka untuk mengaitkan peristiwa ini gagal. Beliau dipercayai mengulas tindakan Umno yang cuba mengaitkan peristiwa di Lahad Datu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun ia gagal kerana media sosial yang bebas bergerak berjaya memberikan gambaran sebenar apa yang berlaku. 

"Cuba bayangkan sewaktu langit terbuka ini pun media Umno masih menyebarkan fitnah kononnya ia ada kaitan dengan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. 


"Pelik bin ajaib, di Semenanjung mereka menuduh Pakatan Rakyat hendak buang Raja, manakala di Sabah Pakatan Rakyat hendak melantik Raja," kata Idris. Beliau mempersoalkan, kenapa pemimpin Umno BN masih berfikiran primitif walau pun berada di zaman maklumat di hujung jari. 

Katanya, di dalam suasana gawat sehingga terkorban anggota keselamatan,  media yang menjadi tali barut Umno tidak pernah bertaubat dan insaf untuk menghentikan kerja jahat mereka demi memuaskan nafsu serakah ketuanya.

Penjelasan pantas melalui media alternatif seperti  kenyataan yang disiarkan portal berita interaksyon.com , anak kepada Sultan Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram menafikan ada hubungan dengan pembangkang Malaysia.

Bagi beliau, media Umno cuba menggelap berita bagaimana Saudara Lokman Adam Exco Pemuda Umno mengaku menjadi penasihat Sultan Sulu. 

"Jika Lokman ini pemimpin PR, maka gegak gempita dunia dengan mengatakan bahawa PR menjadi penasihat kumpulan pengganas Sultan Sulu sehingga mengorbankan anggota keselamatan negara," katanya.

Wednesday 9 January 2013

Detik bersejarah negara akan tercipta 12 Jan ini

KUALA LUMPUR: “Saya yakin rakyat menyambut komitmen KPN dengan kehadiran yang luar biasa melangkaui himpunan sebelum ini,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia Riduan Mohd Nor. Beliau berkata, bersejarahnya himpunan 12 Januari nanti kerana jutaan rakyat Malaysia menyatakan sokongan bagi membina sebuah negara baru yang lebih bertamadun, menghormati hak asasi manusia, lebih demokrasi, adil, amanah, menjaga kebajikan rakyat, serta menolak pemimpin rasuah, korupsi, tidak amanah, tiada moral, bermewah-mewahan dengan duit rakyat, dan yang mementingkan kroni. Riduan menyatakan demikian sebagai respons kepada komitmen Ketua Polis Negara yang telah memberi jaminan untuk memberikan kerjasama terhadap penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari 2013 dan polis akan bertindak sebagai pemudahcara pada perhimpunan tersebut.
 KPN juga memberi komitmen menjadikan perhimpunan HKR sebagai “detik bersejarah” selepas “belajar dari kekurangan” yang berlaku semasa perhimpunan sebelum ini. “Saya menyambut kenyataan ini dengan perasaan gembira, bersyukur dan bangga. Bangga kerana pihak PDRM sudah mula belajar dari kesilapan menguruskan proses demokrasi yang dianjurkan oleh rakyat sebelum ini,” ujar Riduan dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
 Baginya, PDRM sudah mula belajar bahawa jika himpunan diuruskan secara aman, rakyat pasti gembira. Tambahnya, tiada insiden yang memalukan mahupun yang menyayat hati berlaku ke atas rakyat dan kesudahannya akan menyusahkan PDRM dan kerajaan di kemudian hari. “Lihatlah bagaimana episod kesudahan terhadap Himpunan Bersih 1, 2 dan 3 yang berakhir dengan Malaysia menjadi bual bicara yang memalukan masyarakat antarabangsa selama berbulan lamanya,” katanya lagi. Menurutnya lagi, bukan sukar sebenarnya menguruskan himpunan dalam sebuah negara demokrasi.
 Katanya, apa yang penting kerjasama yang erat antara pasukan keselamatan dengan penganjur himpunan. Jelasnya, penganjur bukannya mahu melakukan jenayah, mereka hanya mahu menegakkan hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan. Selama ini pun, kata beliau tidak pernah berlaku insiden keganasan dicipta oleh peserta himpunan melainkan apabila mereka diprovokasi, diganasi, diugut dan lain-lain tindakan yang diluar kewarasan pemikiran.

Tuesday 8 January 2013

Sonamu : Rakyat Kelantan tidak Perlu Bimbang

KOTA BHARU
: Masyarakat Kelantan diminta bertenang serta tidak panik berhubung penyebaran ribut tropika Sonamu. Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan, belum menerima sebarang kenyataan berhubung perkara itu apa lagi meminta masyarakat membuat persediaan keselamatan. Pengerusinya, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, ketika memberitahu media berkata, belau sendiri telah menghubungi pihak Jabatan Meteorologi Kelantan untuk bertanyakan berhubung perkara itu. Beliau juga turut mengingatkan masyarakat Kelantan supaya tidak mengambil ‘maklumat’ dari pihak luar, sebaliknya melalui stesen radio atau alat sebaran yang sah. “Jabatan metereologi hanya meramalkan sahaja, bukan sesuatu perkara yang pasti, kita kena faham,” ujarnya. Beliau bagaimanapun berkata, sekiranya ia berlaku, pihak MKN telah mempunyai kaedahnya untuk menangani masaalah itu. “Jadi kita seru orang ramai jangan panik, jangan ambil maklumat dari pihak yang tidak sah, melainkan melalui radio, media massa yang diiktiraf,” ujarnya.