Sunday 16 October 2011

Gelombang Epal Hijau

Syukur Alhamdulilah , seperti yang telah dirancang Program ke-2  haLWa bagi ahli-ahli muslimat PAS dan penggerak-pengerak pilihanraya telah Berjaya dilaksanakan. Insyallah Semoga Gerak kerja yang sebenar dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan sistematik bila-bila masa sahaja. Insyallah

TENTATIF PROGRAM

8.30 pagi                      : Pendaftaran Peserta Program

9.00 pagi                      : Ucapan Aluan
                                      - Pengarah Program 
                                      - Ketua Muslimat Ipoh Timur.
                                      -  HaLWA MTD Gopeng

9.30 pagi                      : Slot1 : Motivasi & Penerangan 
                                              Gelombang Pilihanraya
                                     Bersama : Ketua Lujnah Penerangan
                                     DMPN Perak

            11.00 pagi                    : Minum ringan

11.30 pagi                    : Slot2 : Strategi Gerakan Pilihanraya
                                    Bersama HaLWA UPU Pengkalan Barat
                                    Unit - Daftar Pemilih
                                    Simulasi Mencula dan merayu Undi


1.30 tengahari           :Solat Zohor Berjemaah

Motivasi dan Penerangan Persiapan menghadapi Pilihanraya oleh Ketua Lujnah Penerangan DMPN Perak

Peserta Dari Cawangan Kg Pasir Puteh


Penerangan tentang Daftar Pemilihan dan UPU Pengkalan Barat oleh Ketua Unit Daftar Pemilih UPU Pengkalan Barat
 
Fakta-fakta PRU KE - 13 Yang perlu di ambil perhatian

Peserta memberi perhatian sepenuhnya terhadap penerangan yang disampaikan

Simulasi Mencula Undi

Simulasi Merayu Undi

Jualan Barangan Koperasi dan Lujnah Ekonomi Cawangan

Terima kasih kepada penceramah , AJK haLWa UPU Pengkalan Barat dan peserta-peserta di atas komitmen yang diberikan. semoga program ini mendapat manfaat kepada semua dan diberkati setiap usaha yang dilakukan.Semoga Kemenangan milik Islam.
















Wednesday 12 October 2011

Unit cari jodoh dicadang guna Facebook

KOTA BHARU, 11 Okt: Kerajaan Negeri Kelantan mencadangkan unit cari jodoh atau `Mahligai Sakinah’ menggunakan laman sosial facebook sebagai cara baru untuk menggalakkan penyertaan kaum lelaki yang sebelum ini kurang mendapat sambutan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, kaedah mengisi borang cara konvensional kurang mendapat sambutan menyebabkan berlaku masaalah kekurangan calon lelaki.

“Mungkin kaedah lama itu membuatkan golongan lelaki begitu malas sebab kena pergi ambil borang, isi borang kemudian hantar.

“Akibatnya hanya calon wanita sahaja mengisi borang, sedangkan calon lelaki kurang mengambil perhatian,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perasmian Majlis Graduasi Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) kali ke-6 di Balai Islam, di sini.

Katanya, memandangkan zaman kini segalanya telah berubah kepada internet, ada baiknya ‘mencari jodoh’ juga digunakan dengan kaedah berkenaan.

Namun, tambahnya pihak penganjur perlu memantau dan setiap para ahli yang telah bertemu pasangan mereka perlu dilaporkan pada pihak penganjur terlebih dahulu.

Maklumat calon dirahsia

Tegasnya, ia tidak bermakna penganjur akan mengambil mudah mengenai hak rahsia peribadi calon dan akan membuat tapisan ketat bagi memastikan hanya yang layak dan serius sahaja diberi perhatian.

Sambungnya, apa yang dilakukan itu bertujuan untuk mengelak sesuatu perkara yang tidak diingin berlaku memandangkan laman social ini mudah terdedah pada keburukan selain kebaikkan.

“Semoga usaha murni ini tidak disalah ertikan serta mendapat hasil yang baik,”ujarnya.

Beliau bagaimanapun berkata, beberapa ahli telah bertemu jodoh masing-masing sejak ianya ditubuhkan 2007 lalu dan ianya akan diaktifkan semula untuk mencapai hasrat tersebut.

Mahligai Sakinah yang diwujudkan kerajaan negeri sejak 2007, mendapat sambutan menggalakkan daripada wanita bujang tetapi bilangan calon lelaki yang sedikit menyukarkan pihaknya membuat padanan.

Tuesday 11 October 2011

Bajet 2012 : Tiada jaminan kesejahteraan wanita muda

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Isu-isu utama berkaitan golongan wanita muda seperti isu keselamatan dan perkahwinan tidak dibincangkan secara serius dalam Bajet 2012.
Pengerusi Ameerah Dewan Muslimat PAS Pusat, Fareedah Samad berkata, kelangsungan generasi amat penting.
Justeru, katanya usaha dan langkah-langkah yang dapat membantu generasi muda membina rumahtangga adalah langkah bijak memandangkan masalah kebejatan sosial yang semakin meruncing.
“Bahkan penekanan kepada kehidupan berkeluarga akan mengembalikan dan memartabatkan institusi kekeluargaan yang sepatutnya menjadi tunjang utama kepada masa depan negara,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Ini, ujarnya kerana institusi kekeluargaan merupakan agen sosialisasi yang paling efektif.
Selain itu juga, katanya kehidupan berkeluarga merupakan gaya hidup yang sihat melalui keseimbangan spiritual, emosi dan fizikal.
Menurutnya, statistik perceraian yang menunjukkan peningkatan saban tahun, di mana kajian menunjukkan setiap 15 minit terdapat satu pasangan bercerai di mana jumlah keseluruhan kadar perceraian pada akhir 2010 adalah melebihi 22,000 pasangan.
Hal ini, jelasnya sangat-sangat membimbangkan memandangkan faktor utama kebejatan sosial di negara kita disebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan.
“Kami mencadangkan peruntukan diberikan agar yuran percuma untuk kursus perkahwinan dan silibus kursus perkahwinan perlu disemak semula dengan memasukkan elemen kemahiran keibubapaan dan perancangan kewangan,” ujarnya.
Secara keseluruhannya, kata beliau Bajet 2012 dilihat hanya melayan kehendak golongan tertentu tanpa mempertimbangkan masalah yang lebih besar dan lebih utama.
Menurutnya, banyak lagi persoalan anak muda yang tidak dijawab seperti masalah pengangguran dan pinjaman PTPTN yang tidak berkesudahan.
Tambahnya, usaha serius kerajaan untuk mengekang defisit juga tidak diperinci dengan jelas.
Justeru, katanya Ameerah yang tentunya fokus kepada kebajikan dan keselamatan golongan wanita muda di negara ini, menyeru kerajaan agar mengambil pendekatan yang lebih holistik dalam merangka perbelanjaan negara.
Menurutnya lagi, sehingga 19 Mei 2011, kejadian rogol di Malaysia boleh dikatakan 1 kes setiap 2.5 jam di mana purata 10 wanita menjadi mangsa rogol setiap hari.
Katanya, peningkatan kes rogol diperlihat saban tahun sehingga akhir 2010 sebanyak 3,595 kes dicatatkan.
“Hal yang lebih membimbangkan, 70% daripada mangsa adalah gadis di bawah umur 18 tahun,” ujarnya.
Beliau berkata, menurut Nationmaster yang mengkaji kes rogol di seluruh dunia, Malaysia masih lemah dalam menangani kes-kes rogol yang berlaku dalam negara kita.
Ujar belau, mungkin sebagai sebuah negara Islam yang kita bangga, berada pada tangga 38 bukanlah sesuatu yang boleh kita banggakan. 0.0505156 per 1,000 rakyat bermakna dalam 1 juta rakyat malaysia 50 – 51 orang yang dirogol dicatatkan.
“Perangkaan ini diikut rapat dengan statistik kes ragut dan bunuh di mana lebih 52% melibatkan golongan wanita,” katanya lagi.