Thursday 15 January 2015

Muslimat Ipoh Timur Menghantar Memorandum kepada SPR

      Antara Muslimat yang hadir bersama ketua HalWa Pn Liza Ahmat
                         YB diwakili oleh setiausahanya
 Memorandum selamat di serahkan kepada setiusaha YB Ipoh Timur juga                          
     diiringi oleh YDP Ipoh Timur

      Antara Muslimat yang hadir bergambar di hadapan pintu pejabat YB

18 Disember 2014 yang lalu Dewan Muslimat PAS Kawasan Ipoh Timur telah menghantar memorandum berkaitan pendaftaran pengundi secara automatik ke pejabat Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur. Memorandum tersebut ditujukan kepada SPR untuk melaksanakan pendaftaran automatik bagi menggantikan sistem pendaftaran yang digunakan sekarang. 
Ini adalah penting bagi menyelesaikan pelbagai masalah dan kekurangan yang berlaku dalam sistem pilihanraya di Malaysia dengan memudahkan pendaftaran pengundi baru dikalangan anak muda. Ini juga adalah langkah praktikal hak dan pendidikan celik politik dikalangan rakyat Malaysia. Diantara isi kandungan memorandum ini :-

Muslimat PAS Ipoh timur dengan ini berdiri teguh dengan cadangan Pendaftaran Pengundi secara automatik atas rasional-rasional seperti berikut:
 Pelaksanaannya tidak menunjukkan SPR memaksa rakyat untuk mengundi. Kemahuan untuk keluar mengundi masih terletak di tangan para pengundi.SPR tidak perlu menggubal undang-undang yang mewajibkan setiap individu untuk keluar mengundi, kerana SPR hanya perlu melayakkan rakyat untuk mendaftar sebagai pengundi secara automatik. Peratusan keluar mengundi akan meningkat atas kesedaran untuk keluar mengundi kerana galakan oleh SPR yang memudahkan proses pendaftaran pengundi secara automatik. Ia dapat mengurangkan perbelanjaan Negara dalam proses pendaftaran pengundi kerana ia berlaku secara automatik dan seterusnya menjimatkan tenaga kerja dan masa yang digunakan.

Berikut adalah cadangan kaedah pelaksanaan pendaftaran pengundi secara automatic daripada pihak Muslimat PAS Malaysia:

1)  Pihak SPR perlu mendapatkan kerjasama daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)      
      untuk menyalurkan senarai warganegara yang sudah mencapai umur 21 tahun.
2)  Senarai data ini akan diproses oleh pegawai SPR untuk didaftarkan sebagai pengundi  
      baru.
3)  Muslimat PAS Negeri Perak melihat proses ini jauh lebih mudah untuk dilaksanakan dan 
     dapat mengelakkan daripada manipulasi data oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Diharap pihak SPR dapat mempertimbangkan cadangan ini demi memastikan sistem pilihanraya di Negara Malaysia bersih dan telus dari sebarang penipuan.