Wednesday 22 August 2012

"SHOPPING RAYA" DI KOPERASI KELUARGA BAHAGIA

Ipoh , Pengkalan Barat : 17 Ogos 2012 , Imam Radhi dari Cawangan Paloh menyampaikan bantuan kepada 11 keluarga miskin dan anak yatim untuk membeli belah  keperluan Hari Raya di Koperasi Keluarga Bahagia.  Lujnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Ipoh Timur turut membantu menguruskan dan mengagihkan bantuan kepada keluarga yang terlibat.

 Antara barangan yang dipilih untuk persiapan hari raya
Masa untuk 'shopping'
 meninjau barangan keperluan yang ada di Koperasi Keluarga Bahagia
Pengerusi & Timbalan Pengerusi Lujnah Kebajikan DMPIT sibuk di kaunter Pembayaran
 Ketua Cawangan Pasir Puteh turut hadir untuk membantu
 Barangan keperluan yang dipilih untuk dibawa pulang



 Imam Radhi menghulurkan duit raya untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri



Syukur Alhamdulillah , semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada AJK yang terlibat dan sekalung penghargaan kepada penderma yang budiman. Semoga ALLAH melimpahkan rahmat dan memberkati usaha murni ini.

Dewan Muslimat PAS Ipoh Timur mengambil kesempatan untuk mengucapkan

Salam Lebaran 

Taqabbalallahu Minna wa Minkum dan Minal 'Aidin wal-Faizin

Sunday 12 August 2012

PROGRAM TAUTAN KASIH - AMBANG SYAWAL 2012

12 OGOS 2012 , 10 pagi , Ipoh : Syukur Alhamdulillah  Lujnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Ipoh Timur telah melaksanakan Program Tautan Kasih di Ambang Syawal. Pimpinan Dewan Muslimat  bersama ahli-ahli DMPIT turun padang menziarahi keluarga wanita yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah serta mempunyai tanggungan anak yang ramai di sekitar Kawasan Ipoh Timur.

 Keluarga Pertama : Flat Connoly : Ibu Tunggal  dan seorang OKU
mempunyai empat orang anak yang masih bersekolah. 
Bantuan Beras , Biskut Raya & Duit Raya dihulurkan.

 Keluarga Ke-2 : Taman Lindungan Bintang.
 mempunyai  7 orang & seorang anak yang ada masalah jantung.

Bantuan dihulurkan oleh Ketua Lujnah Kebajikan Ipoh Timur Pn. Sharifah Murni

 Keluarga ke-3 : Kg Sri Murni 
Pn. Bibah bersama 10 orang anaknya.

Bantuan dihulurkan kepada Pn. Bibah dan anak-anaknya.


Insyallah ziarah & bantuan seterusnya akan diberikan dibeberapa buah keluarga lagi dalam masa yang terdekat.

Semoga sedikit usaha murni ini , dapat meringankan  bebanan keluarga wanita-wanita ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada shli-ahli & AJK Muslimat PAS Ipoh Timur  yang hadir dan jutaan terima kasih diucapkan kepada penderma yang budiman. Semoga segala usaha ini mendapat keredhaan dari ALLAH S.W.T. Sebarang sumbangan yang ingin disampaikan boleh dihulurkan terus kepada Dewan Muslimat PAS Ipoh Timur.

"SELAMAT  MENYAMBUT HARI LEBARAN 
DAN SALAM EIDUL FITRI
IKHLAS DARI DMPIT"



Thursday 9 August 2012

Presiden PAS jangka PRU13 selepas raya



(Gambar atas: Presiden PAS bersama wakil pimpinan gerakan Islam lain menyertai muktamar ke 7 parti Keadilan Dan Pembangunan Maghribi.)

RABAT: PAS menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pembubaran parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, selepas cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang.Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, BN berkemungkinan menggunakan peluang itu kerana pengundi luar akan sukar untuk pulang ke kampung dua kali berturut-turut selepas baru sahaja menghabiskan cuti Aidilfitri mereka di kampung halaman.
"Kita jangka BN akan menggunakan peluang mengadakan pilihan raya selepas cuti hari raya Aidilfitri ini."Sudah tentu jika itu berlaku, pengundi akan berfikir banyak kali untuk pulang sekali lagi ke kampung masing-masing selepas mereka baru sahaja balik bercuti hari raya," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Muktamar Parti Islam Pembangunan dan Keadilan (PJD) Maghribi di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membayangkan PRU-13 tidak akan diadakan tahun depan dan menganggap tahun ini adalah masa yang terbaik.

Dalam kenyataannya kelmarin itu, Muhyiddin juga turut membayangkan ianya "mungkin beberapa bulan akan datang".Mengulas lanjut, Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, banyak faktor yang akan menjadi pertimbangan rakyat untuk pulang kali kedua ke kampung termasuk soal kos yang terpaksa ditanggung dan cuti yang terpaksa diambil mereka.

"Jika berlaku, kesannya akan lebih teruk lagi berbanding dengan kesan PRU musim haji," katanya.

Sehubungan itu katanya, jika BN memanggil pilihan raya selepas cuti Aidilfitri, ianya sekaligus akan menyusahkan rakyat khususnya yang berada di perantauan.

Sebelum ini, PAS juga membantah keras jika PRU-13 kali ini dibuat di musim haji kerana ianya bakal menafikan hak hampir 30,000 rakyat negara ini yang pergi mengerjakan haji di Mekah untuk mengundi.

Awal bulan lalu, Najib ada membayangkan PRU-13 hanya akan diadakan selepas genap tempoh lima tahun penggal ini.

Bagaimanapun kenyataan terbaru dari Muhyiddin kelmarin seperti mengesahkan desas-desus bahawa PRU-13 berkemungkinan diadakan September atau penghujung tahun ini dan bukannya tahun hadapan.


(Gambar bawah: Presiden PAS bersalaman dengan Perdana Menteri Maghribi yang juga Ketua Parti Pembangunan dan Keadilan Islam (PJD), Abdelilah Benkirane.)

Monday 6 August 2012

PROGRAM TAUTAN KASIH RAMADHAN 2012


29 Julai 2012 , Ipoh , Flat Connoly : Alhamdulillah   Lujnah Kebajikan Dewan Muslimat Ipoh Timur telah melaksanakan Program Tautan Kasih Ramadhan. AJK dan ahli-ahli DMPIT bertemu dengan penduduk wanita flat Connoly  untuk bersilaraturahim dan menjalinkan ukhwah bersama mereka.
Pengerusi HaLWa UPU Pengekalan Barat , Pn. Liza Ahmat memberi ucapan kata-kata aluan kepada wanita-wanita yang hadir

Tazkirah Ramadhan disampaikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Ipoh Timur , 
Ustazah Hanisah Hassan

Sumbangan Barangan Keperluan Dapur

Ketua Dewan Muslimat PAS Ipoh Timur menyampaian bantuan beras 
dan keperluan dapur  kepada yang wanita yang memerlukannya.

Ketua Lujnah Kebajikan DMP Ipoh Timur , Pn. Sharifah Murni turut menyampaikan sumbangan kepada wanita yang hadir.
Sumbangan Pakaian terpakai turut dihulurkan kepada mereka.
Pemilihan baju yang sesuai dan berkenan dihati oleh wanita-wanita ini.

Semoga sedikit usaha murni ini , sedikit sebanyak membantu mengurangkan bebanan wanita-wanita di flat Connoly ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli & AJK Muslimat PAS Ipoh Timur , Wakil Muslimin Flat Connoly yang terlibat dan juga kepada penyumbang yang budiman. Semoga segala usaha ini mendapat keredhaan dari ALLAH S.W.T

"SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA...."

RAMADHAN KAREEM

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya..