Tuesday 18 December 2012

MAKLUMAT YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK KEMPEN PRU 13

                                             Agenda berkebajikan Wanita malaysia
                                            Bahan-bahan kempen pilihanraya Umum ke 13

Monday 19 November 2012

MUKTAMAR PAS SELESAI SUDAH

                             Majlis perasmian Muktamar DMPP
                              Bersama pimpinan PAS Pusat/ Negeri
                               Pewakilan Ipoh Timur
                                Selamat bermuktamar kepada  semua pewakilan
                          Sebahagian pewakilan dan pemerhati Muktamar DMPP
                            Muktamar PAS Pusat di PUTIK
                              Perasmian Gerai Pameran Muktamar
                            Tuan Guru Haji Hadi Melawat Gerai Pameran
                          Antara pengunjung di Gerai  Pameran PAS Perak iaitu Isteri
                          Pesuruhjaya PAS PERAK
                           Begitu indah senibina  pintu masuk PUTIK


Muktamar DMPP selesai dengan jayanya. Muktamar  DMPP kali ke 53 ini diadakan  pada 14 November hingga 15 November Awang di Kelantan Trade Center. Tuan Guru Haji Hadi Awang telah merasmikan Muktamar tersebut. DMP Ipoh Timur telah mrnghantar 4 orang pewakilan ke sana. Semua pewakilan negeri diberi peluang untuk berucap. Pada 16-18 November pula berlangsungnya Muktamar PAS Pusat yang diadakan di PUTIK (Pusat Tarbiyah PAS Kelantan). Ucaptama dari Presiden amat bermakna kepada semua yang hadir.  ''Sebagai pejuang tidak harus mengalah dan kita harus memilih pemimpin yang baik'' antara petikan ucaptamanya di PUTIK. Saya tertarik dengan keindahan bandar Kota Bharu yang diserikan dengan tulisan jawi disetiap papan tandanya. Ini menunjukkan Kelantan  menyanjug tulisan jawi yang semakin lupus dari kalangan masyarakat kini. Keadaan Kota Bharu yang semakin maju menunjukkan Kelantan bukan sebuah negeri yang miskin seperti yang dinyatakan oleh kerajaan Persekutuan. Saya Sayang Kelantan!. Ayuh sokong kepimpinan Ulama'.

Tuesday 2 October 2012

PAS IPOH TIMUR BERTAMBAH AHLI BARU!!!

Alhamdulillah Pn Halilah Selamat melahirkan anak lelaki pada 27 September 2012 yg lalu. Bertambah lagi pewaris pejuangan. Semoga anak ini bakal menjadi pejuang meneruskan perjuangan Mama dan Papanya. Keceriaan bertambahlah keluarga ini. :-) Tahniah.

Wednesday 22 August 2012

"SHOPPING RAYA" DI KOPERASI KELUARGA BAHAGIA

Ipoh , Pengkalan Barat : 17 Ogos 2012 , Imam Radhi dari Cawangan Paloh menyampaikan bantuan kepada 11 keluarga miskin dan anak yatim untuk membeli belah  keperluan Hari Raya di Koperasi Keluarga Bahagia.  Lujnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Ipoh Timur turut membantu menguruskan dan mengagihkan bantuan kepada keluarga yang terlibat.

 Antara barangan yang dipilih untuk persiapan hari raya
Masa untuk 'shopping'
 meninjau barangan keperluan yang ada di Koperasi Keluarga Bahagia
Pengerusi & Timbalan Pengerusi Lujnah Kebajikan DMPIT sibuk di kaunter Pembayaran
 Ketua Cawangan Pasir Puteh turut hadir untuk membantu
 Barangan keperluan yang dipilih untuk dibawa pulang



 Imam Radhi menghulurkan duit raya untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri



Syukur Alhamdulillah , semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada AJK yang terlibat dan sekalung penghargaan kepada penderma yang budiman. Semoga ALLAH melimpahkan rahmat dan memberkati usaha murni ini.

Dewan Muslimat PAS Ipoh Timur mengambil kesempatan untuk mengucapkan

Salam Lebaran 

Taqabbalallahu Minna wa Minkum dan Minal 'Aidin wal-Faizin

Sunday 12 August 2012

PROGRAM TAUTAN KASIH - AMBANG SYAWAL 2012

12 OGOS 2012 , 10 pagi , Ipoh : Syukur Alhamdulillah  Lujnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Ipoh Timur telah melaksanakan Program Tautan Kasih di Ambang Syawal. Pimpinan Dewan Muslimat  bersama ahli-ahli DMPIT turun padang menziarahi keluarga wanita yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah serta mempunyai tanggungan anak yang ramai di sekitar Kawasan Ipoh Timur.

 Keluarga Pertama : Flat Connoly : Ibu Tunggal  dan seorang OKU
mempunyai empat orang anak yang masih bersekolah. 
Bantuan Beras , Biskut Raya & Duit Raya dihulurkan.

 Keluarga Ke-2 : Taman Lindungan Bintang.
 mempunyai  7 orang & seorang anak yang ada masalah jantung.

Bantuan dihulurkan oleh Ketua Lujnah Kebajikan Ipoh Timur Pn. Sharifah Murni

 Keluarga ke-3 : Kg Sri Murni 
Pn. Bibah bersama 10 orang anaknya.

Bantuan dihulurkan kepada Pn. Bibah dan anak-anaknya.


Insyallah ziarah & bantuan seterusnya akan diberikan dibeberapa buah keluarga lagi dalam masa yang terdekat.

Semoga sedikit usaha murni ini , dapat meringankan  bebanan keluarga wanita-wanita ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada shli-ahli & AJK Muslimat PAS Ipoh Timur  yang hadir dan jutaan terima kasih diucapkan kepada penderma yang budiman. Semoga segala usaha ini mendapat keredhaan dari ALLAH S.W.T. Sebarang sumbangan yang ingin disampaikan boleh dihulurkan terus kepada Dewan Muslimat PAS Ipoh Timur.

"SELAMAT  MENYAMBUT HARI LEBARAN 
DAN SALAM EIDUL FITRI
IKHLAS DARI DMPIT"



Thursday 9 August 2012

Presiden PAS jangka PRU13 selepas raya



(Gambar atas: Presiden PAS bersama wakil pimpinan gerakan Islam lain menyertai muktamar ke 7 parti Keadilan Dan Pembangunan Maghribi.)

RABAT: PAS menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pembubaran parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, selepas cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang.Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, BN berkemungkinan menggunakan peluang itu kerana pengundi luar akan sukar untuk pulang ke kampung dua kali berturut-turut selepas baru sahaja menghabiskan cuti Aidilfitri mereka di kampung halaman.
"Kita jangka BN akan menggunakan peluang mengadakan pilihan raya selepas cuti hari raya Aidilfitri ini."Sudah tentu jika itu berlaku, pengundi akan berfikir banyak kali untuk pulang sekali lagi ke kampung masing-masing selepas mereka baru sahaja balik bercuti hari raya," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Muktamar Parti Islam Pembangunan dan Keadilan (PJD) Maghribi di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membayangkan PRU-13 tidak akan diadakan tahun depan dan menganggap tahun ini adalah masa yang terbaik.

Dalam kenyataannya kelmarin itu, Muhyiddin juga turut membayangkan ianya "mungkin beberapa bulan akan datang".Mengulas lanjut, Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, banyak faktor yang akan menjadi pertimbangan rakyat untuk pulang kali kedua ke kampung termasuk soal kos yang terpaksa ditanggung dan cuti yang terpaksa diambil mereka.

"Jika berlaku, kesannya akan lebih teruk lagi berbanding dengan kesan PRU musim haji," katanya.

Sehubungan itu katanya, jika BN memanggil pilihan raya selepas cuti Aidilfitri, ianya sekaligus akan menyusahkan rakyat khususnya yang berada di perantauan.

Sebelum ini, PAS juga membantah keras jika PRU-13 kali ini dibuat di musim haji kerana ianya bakal menafikan hak hampir 30,000 rakyat negara ini yang pergi mengerjakan haji di Mekah untuk mengundi.

Awal bulan lalu, Najib ada membayangkan PRU-13 hanya akan diadakan selepas genap tempoh lima tahun penggal ini.

Bagaimanapun kenyataan terbaru dari Muhyiddin kelmarin seperti mengesahkan desas-desus bahawa PRU-13 berkemungkinan diadakan September atau penghujung tahun ini dan bukannya tahun hadapan.


(Gambar bawah: Presiden PAS bersalaman dengan Perdana Menteri Maghribi yang juga Ketua Parti Pembangunan dan Keadilan Islam (PJD), Abdelilah Benkirane.)

Monday 6 August 2012

PROGRAM TAUTAN KASIH RAMADHAN 2012


29 Julai 2012 , Ipoh , Flat Connoly : Alhamdulillah   Lujnah Kebajikan Dewan Muslimat Ipoh Timur telah melaksanakan Program Tautan Kasih Ramadhan. AJK dan ahli-ahli DMPIT bertemu dengan penduduk wanita flat Connoly  untuk bersilaraturahim dan menjalinkan ukhwah bersama mereka.
Pengerusi HaLWa UPU Pengekalan Barat , Pn. Liza Ahmat memberi ucapan kata-kata aluan kepada wanita-wanita yang hadir

Tazkirah Ramadhan disampaikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Ipoh Timur , 
Ustazah Hanisah Hassan

Sumbangan Barangan Keperluan Dapur

Ketua Dewan Muslimat PAS Ipoh Timur menyampaian bantuan beras 
dan keperluan dapur  kepada yang wanita yang memerlukannya.

Ketua Lujnah Kebajikan DMP Ipoh Timur , Pn. Sharifah Murni turut menyampaikan sumbangan kepada wanita yang hadir.
Sumbangan Pakaian terpakai turut dihulurkan kepada mereka.
Pemilihan baju yang sesuai dan berkenan dihati oleh wanita-wanita ini.

Semoga sedikit usaha murni ini , sedikit sebanyak membantu mengurangkan bebanan wanita-wanita di flat Connoly ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli & AJK Muslimat PAS Ipoh Timur , Wakil Muslimin Flat Connoly yang terlibat dan juga kepada penyumbang yang budiman. Semoga segala usaha ini mendapat keredhaan dari ALLAH S.W.T

"SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA...."

RAMADHAN KAREEM

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.. 

Tuesday 31 July 2012

Kerajaan Selangor rakam takziah kepada Sultan

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor merakamkan takziah kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta kerabat Diraja Selangor atas kemangkatan adinda Tengku Puteri Aishah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Kerajaan Selangor merakamkan takziah kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj  serta kerabat Diraja Selangor  atas kemangkatan adinda YAM Tengku Puteri Aishah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Kerajaan Negeri turut  merasa sedih  atas kehilangan ini dan menyeru seluruh rakyat Selangor memanjatkan doa agar roh Allahyarham di tempatkan bersama-sama mereka yang beriman.

Jenazah YAM Tengku Puteri Aishah, 56,   dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, jam 12 tengahari hari ini.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Semoga Allah mengampuni segala dosa dan menerima semua amalan baiknya dan merahmatinya di alam barzakh. Al-Fatihah.

Wednesday 13 June 2012

NANTIKAN FILEM NFC BERKONSEPKAN KOMEDI

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, rancangan untuk menerbitkan filem mengenai Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil dan isu National Feedlot Corporation (NFC) kini dalam perbincangan bersama pengarah filem Hishamuddin Rais.

Menurut Rafizi, beliau mencadangkan agar genre filem pendek itu adalah komedi.

NONE"Bagi saya politik ini kalau ceramah, serius, bosan. Saya nak lebih daripada ceramah. Politik ini mesti ada satu nilai artistik.

"Filem ini mungkin selama 45 minit dan akan pastikan supaya lebih kepada komedi dan seninya bukan terlalu banyak mesej politik. Soal siapa pelakonnya, saya serah pada Hisham (Hishamuddin)," kata Rafizi (atas).

Dalam temubual dengan saluran atas talian Radio Bangsar Utamamalam tadi, Rafizi ketika ditanya mengenai risiko perundangan sekiranya filem itu diterbitkan tidak menolak kemungkinan itu.

Bagaimanapun, katanya, ia bergantung kepada pihak tertentu yang merasakan filem itu ada unsur fitnah atau tidak.

NONE"(Risiko perundangan) mungkin. Bergantung macam mana... sudah tentu filem itu fiksyen semata... tak ada kaitan hidup mati. 

"Tapi bergantung pihak tertentu merasakan ada unsur fitnah mereka atau tidak. Kita perlu teliti biar ia betul-betul berasaskan fakta," katanya lagi. 

Idea membawa isu panas itu ke layar perak diumumkan Rafizi dalam ceramahnya di Kuala Lumpur malam kelmarin.

Selain bergiat dalam aktivisme mahasiswa dan BERSIH, Hishamuddin (gambar atas, berbaju hijau) juga terkenal sebagai pembikin filem dan pernah mengajar mahasiswa perfileman di beberapa institusi pengajian tinggi negara ini.

Tuesday 29 May 2012

TG Nik Aziz yakin lebuh raya rakyat dapat disiapkan

  


(TG Nik Aziz menandatangani plak perasmian pembinaan Lebuh raya rakyat Kota Bharu - Kuala Krai semalam)


MACHANG: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat dari Kuala Krai ke Kota Bharu bernilai RM1.8 bilion akan dapat disiapkan mengikut jadual.

Mursyidul Am PAS itu berkata pembiayaan kos projek itu akan turut melibatkan sumbangan wang daripada rakyat, lapor Malaysiakini.

"Kita yakin dapat melaksanakan projek bernilai RM1.8 bilion ini walaupun tidak sepenuhnya melalui sumbangan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan projek lebuh raya itu di Kampung Berangan Mek Nab di Machang, hari ini.

Nik Aziz mengulas kenyataan sesetengah pemimpin politik, termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang sangsi dengan kemampuan kerajaan PAS Kelantan membina lebuh raya melibatkan kos besar dan menyifatkannya sebagai gimik politik.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

(Ladang Sungai terah menyumbangkan RM1 juta untuk pembinaan lebuh raya bagi meringankan kesusahan rakyat Kelantan yang pulang ke kampung pada setiap hari raya dan cuti sekolah)

Katanya lebuh raya tanpa tol, dengan empat lorong (dua lorong sehala) itu turut dilengkapi dengan kawasan rehat dan rawat (R&R).

"Pembinaannya berkonsepkan wakaf di mana kos pembinaan serta penyelenggaraannya dibiayai sebahagian daripada dana hasil sumbangan derma dan wakaf oleh rakyat dan syarikat swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC)," katanya.

Tok Guru Nik Aziz sendiri menyumbangkan RM5,000 wang peribadinya semalam untuk menjayakan projek ini.

Anak syarikat kerajaan negeri, Ladang Sungai Terah menyumbang RM1 juta manakala syarika Ufuk Budiman menyumbang RM100,000 kepada projek ini.

Di majlis itu, Tok Guru Nik Aziz menyeru semua lapisan masyarakat turut derma atas rasa tanggungjawab dan rasa hak bersama.

"Iapun bertepatan dengan Islam derma yang menggalakkan kita buat jalan selain masjid dan kita akan dapat pahala berpanjangan," katanya.