Antara Muslimat yang hadir bersama ketua HalWa Pn Liza Ahmat
YB diwakili oleh setiausahanya
Memorandum selamat di serahkan kepada setiusaha YB Ipoh Timur juga
diiringi oleh YDP Ipoh Timur
Antara Muslimat yang hadir bergambar di hadapan pintu pejabat YB
18 Disember 2014 yang lalu Dewan Muslimat PAS Kawasan Ipoh Timur telah menghantar memorandum berkaitan pendaftaran pengundi secara automatik ke pejabat Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur. Memorandum tersebut ditujukan kepada SPR untuk melaksanakan pendaftaran automatik bagi menggantikan sistem pendaftaran yang digunakan sekarang.
Ini adalah penting bagi menyelesaikan pelbagai
masalah dan kekurangan yang berlaku dalam sistem pilihanraya di Malaysia dengan
memudahkan pendaftaran pengundi baru dikalangan anak muda. Ini juga adalah
langkah praktikal hak dan pendidikan celik politik dikalangan rakyat Malaysia. Diantara isi kandungan memorandum ini :-
Muslimat PAS
Ipoh timur dengan ini berdiri teguh dengan cadangan Pendaftaran Pengundi
secara automatik atas rasional-rasional seperti berikut:
Pelaksanaannya
tidak menunjukkan SPR memaksa rakyat untuk mengundi. Kemahuan untuk keluar
mengundi masih terletak di tangan para pengundi.SPR tidak
perlu menggubal undang-undang yang mewajibkan setiap individu untuk keluar
mengundi, kerana SPR hanya perlu melayakkan rakyat untuk mendaftar sebagai
pengundi secara automatik. Peratusan
keluar mengundi akan meningkat atas kesedaran untuk keluar mengundi kerana
galakan oleh SPR yang memudahkan proses pendaftaran pengundi secara automatik. Ia dapat
mengurangkan perbelanjaan Negara dalam proses pendaftaran pengundi kerana ia
berlaku secara automatik dan seterusnya menjimatkan tenaga kerja dan masa yang
digunakan.
Berikut adalah
cadangan kaedah pelaksanaan pendaftaran pengundi secara automatic daripada
pihak Muslimat PAS Malaysia:
1) Pihak SPR
perlu mendapatkan kerjasama daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
untuk
menyalurkan senarai warganegara yang sudah mencapai umur 21 tahun.
2) Senarai data
ini akan diproses oleh pegawai SPR untuk didaftarkan sebagai pengundi
baru.
3) Muslimat PAS
Negeri Perak melihat proses ini jauh lebih mudah untuk dilaksanakan dan
dapat mengelakkan daripada manipulasi data oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Diharap pihak
SPR dapat mempertimbangkan cadangan ini demi memastikan sistem pilihanraya di
Negara Malaysia bersih dan telus dari sebarang penipuan.