Thursday, 15 January 2015

Muslimat Ipoh Timur Menghantar Memorandum kepada SPR

      Antara Muslimat yang hadir bersama ketua HalWa Pn Liza Ahmat
                         YB diwakili oleh setiausahanya
 Memorandum selamat di serahkan kepada setiusaha YB Ipoh Timur juga                          
     diiringi oleh YDP Ipoh Timur

      Antara Muslimat yang hadir bergambar di hadapan pintu pejabat YB

18 Disember 2014 yang lalu Dewan Muslimat PAS Kawasan Ipoh Timur telah menghantar memorandum berkaitan pendaftaran pengundi secara automatik ke pejabat Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur. Memorandum tersebut ditujukan kepada SPR untuk melaksanakan pendaftaran automatik bagi menggantikan sistem pendaftaran yang digunakan sekarang. 
Ini adalah penting bagi menyelesaikan pelbagai masalah dan kekurangan yang berlaku dalam sistem pilihanraya di Malaysia dengan memudahkan pendaftaran pengundi baru dikalangan anak muda. Ini juga adalah langkah praktikal hak dan pendidikan celik politik dikalangan rakyat Malaysia. Diantara isi kandungan memorandum ini :-

Muslimat PAS Ipoh timur dengan ini berdiri teguh dengan cadangan Pendaftaran Pengundi secara automatik atas rasional-rasional seperti berikut:
 Pelaksanaannya tidak menunjukkan SPR memaksa rakyat untuk mengundi. Kemahuan untuk keluar mengundi masih terletak di tangan para pengundi.SPR tidak perlu menggubal undang-undang yang mewajibkan setiap individu untuk keluar mengundi, kerana SPR hanya perlu melayakkan rakyat untuk mendaftar sebagai pengundi secara automatik. Peratusan keluar mengundi akan meningkat atas kesedaran untuk keluar mengundi kerana galakan oleh SPR yang memudahkan proses pendaftaran pengundi secara automatik. Ia dapat mengurangkan perbelanjaan Negara dalam proses pendaftaran pengundi kerana ia berlaku secara automatik dan seterusnya menjimatkan tenaga kerja dan masa yang digunakan.

Berikut adalah cadangan kaedah pelaksanaan pendaftaran pengundi secara automatic daripada pihak Muslimat PAS Malaysia:

1)  Pihak SPR perlu mendapatkan kerjasama daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)      
      untuk menyalurkan senarai warganegara yang sudah mencapai umur 21 tahun.
2)  Senarai data ini akan diproses oleh pegawai SPR untuk didaftarkan sebagai pengundi  
      baru.
3)  Muslimat PAS Negeri Perak melihat proses ini jauh lebih mudah untuk dilaksanakan dan 
     dapat mengelakkan daripada manipulasi data oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Diharap pihak SPR dapat mempertimbangkan cadangan ini demi memastikan sistem pilihanraya di Negara Malaysia bersih dan telus dari sebarang penipuan. 

Wednesday, 12 November 2014

Rumah diroboh, penduduk terpaksa huni pondok


                   













Satu keluarga di Kampung Chubadak Tambahan terpaksa menghuni satu pondok sementara selepas rumah mereka dirobohkan oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Rabu lalu. Seorang daripadanya, Wahidah Saleh, 70 atau lebih mesra dipanggil Opah Wahidah berkata mereka merupakan peneroka asal di kampung yang dibuka sejak 45 tahun lalu.

Beliau kecewa kerana penguatkuasa tetap merobohkan rumah tersebut walaupun selepas mereka menunjukkan satu surat kebenaran mahkamah pada 1998. Dalam dokumen berkenaan, hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur dalam penghakiman bertarikh 31 Julai 1998 memutuskan bahawa warga berkenaan dibenarkan menetap di tanah tersebut. Mahkamah juga memutuskan mereka sebagai pemegang lesen sah dan dibenarkan untuk terus menetap di tanah berkenaan dengan persetujuan kerajaan negeri. “Saya tinggal di kampung ini dah 45 tahun bukan baru-baru ni, selepas bernikah saya terus tinggal sini.“Tengok lah surat ni daripada mahkamah, tetapi bila mereka datang nak robohkan saya tunjuk surat ni mereka cakap mereka tetap akan robohkan juga,” katanya.
Beliau ditemui di sebuah pondok sementara yang didirikan di tapak bekas rumahnya di Kampung Chubadak Tambahan semalam.
Pondok beratapkan kanvas dengan dinding papan lapis dan berlantai kayu reja itu turut memuatkan barangan yang sempat diselamatkan daripada rumah yang dirobohkan.
Beliau sekadar berharap agar wakil rakyat kawasan tersebut, Tian Chua akan dapat membantu mereka mendapatkan kediaman lain. Menurut Opah Wahidah, beliau kini tiada tempat lain yang boleh dituju kerana rumah itu sahajalah satu-satunya tempat kediaman mereka anak beranak.
Beliau berharap agar kerajaan dapat menggantikan rumah yang sempurna kepadanya, dan bukan hanya memberikan unit rumah Program Perumahan Rakyat.
Sementara itu, ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad yang menziarahi keluarga berkenaan berkata, pemaju dan DBKL sepatutnya menawarkan rumah yang lebih baik sebagai ganti.
“Kalau kita tengok pun sejarah kes ni panjang, dah pernah dibawa ke mahkamah rayuan sebelum ni.
“Kita harap pihak pemaju dan DBKL dapat mempertimbangkan tawaran yang lebih baik dan berperikemanusiaan,” katanya.
Nik Nazmi juga berkata, golongan peneroka bandar berkenaan layak mendapat layanan lebih baik kerana mereka didorong oleh kerajaan untuk membuka penempatan di Kuala Lumpur semasa pentadbiran Tun Abdul Razak.
“Jika sebelum ini bapa perdana menteri sendiri yang menggalakkan mereka datang jadi pada zaman sekarang tak patutlah kita layan atau gelarkan mereka sebagai setinggan.
“Layanlah mereka sebagai peneroka bandar yang pernah memberi sumbangan kepada pembangunan Kuala Lumpur,” katanya lagi.
Beliau turut memuji tindakan golongan mahasiswa yang turut berhimpun sebagai tanda solidariti bersama warga tersebut di Sentul, semalam.
“Mereka menjaga kebajikan keluarga Opah, ini menunjukkan peranan positif anak anak muda dalam isu ini,” katanya.

DMP IT : Inilah betapa rakusnya pihak yang tidak bertanggjawab merobohkan penempatan orang Melayu di bandar. Orang melayu menindas orang Melayu sendiri. Kita perlu sedar jangan undi BN/ UMNO. Orang muda bagus menyelami kehidupan mereka yang dizalimi. Semoga setiap kepahitan yang ditanggung akan dibalas Oleh Allah dengan meningkatkan darjat mereka. Insya Allah. 

Wednesday, 4 June 2014

Presiden PAS sudah boleh berjalan






BAGUS...Mohamad Sabu ketika melawat Tuan Guru Abdul Hadi kelmarin.
KUALA LUMPUR:

Pihak Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul menjelaskan bahawa perkembangan keadaan kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hai Awang bertambah baik.

"Saya telah bertemu dengan Tuan Guru dalam wadnya beberapa kali pada hari ini Selasa 3 Jun 2014 dan terkini ialah pada jam 5.15 petang waktu Istanbul (10.15 malam waktu Malaysia)," ujar Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dipetik daripada facebook Presiden PAS, beliau memaklumkan telah bertemu doktor perubatan yang bertanggungjawab, untuk mendapatkan maklumat terkini kedudukan kesihatan Tuan Guru pada pagi semalam.

Jelasnya, Tuan Guru juga sudah mula berjalan ringan dalam bilik beliau.

"Dalam masa yang sama beliau memerlukan masa rehat yang secukupnya untuk pemulihan secara berkesan.

"Untuk menguruskan maklumat keadaan kesihatan Tuan Guru dan menolak khabar-khabar yang tidak dari sumber yang sebenar, maka saya juga akan secara berterusan memberikan maklum balas setiap hari, iaitu di sebelah malam waktu Malaysia untuk makluman sahabat-sahabat di Malaysia," tulisnya lagi. -

sumber : HARAKAHDAILY 4/6/2014

Thursday, 9 January 2014

Mengapa PAS menentang GST?





Firman Allah: أَمَّا السَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَاكِينَ يَعْمَلُونَ فِي الْبَحْرِ فَأَرَدْتُ أَنْ أَعِيبَهَا وَكَانَ وَرَاءَهُمْ مَلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا (79)الكهف. Maksudnya: Khadir berkata: “Adapun kapal (yang aku rosakkan) ini adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut. Aku jadikannya rosak, kerana mereka akan melalui negeri yang Rajanya merampas setiap kapal yang tiba.” Firman Allah: قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَى أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا (94) قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا (95) آتُونِي زُبَرَ الْحَدِيدِ حَتَّى إِذَا سَاوَى بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ قَالَ انْفُخُوا حَتَّى إِذَا جَعَلَهُ نَارًا قَالَ آتُونِي أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْرًا (96(الكهف.

Maksudnya : Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya Kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat Engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" (94) Dia menjawab: "(Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku kurniakan kepadaku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah aku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh." (95) "Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu.

 Dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu." Sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya." (96) Al Quran memaparkan dalam satu surah, dua kisah benar di zaman silam, supaya diambil iktibar. Ianya merupakan kisah perbandingan di antara kerajaan yang zalim yang merampas setiap kapal yang lalu ke negerinya tanpa mengira pemiliknya kaya dan meskin, lalu nabi Khaidir merosakkan kapal kepunyaan orang-orang miskin bagi menyelamatkannya. 

Berbeza pula kerajaan yang adil, Rajanya seorang yang soleh dan bijak bernama Dzulqarnain, membantu kaum yang lemah, kerana kewangannya surplus, sehingga menolak tawaran untuk membayar cukai bagi membantu mereka menghadapi pencerobohan kaum yang ganas. sumber kewangan negara Islam adalah membawa rahmat kepada seluruh manusia. Dalam konsep mengumpul sumber kewangan negara yang dilaksanakan dalam sistem ekonomi di peringkat masyarakat dan negara, nasional dan antara bangsa dan inter negara-negara, Islam menentang pengambilan kekayaan secara rakus tanpa mengira batas timbang rasa kemanusiaan. Dalam hal ini, Islam tetap menggalakkan kemajuan ekonomi sehingga berkemampuan untuk diri dan membantu pihak yang memerlukan bantuan. 

Islam juga tidak menyekat kekayaan yang diambil dengan cara yang baik dan membelanjakannya juga untuk kebaikan, dengan menetapkan sempadan dan kewajipan, serta menghalang kekayaan negara berpusing di kalangan orang-orang yang kaya dan pihak yang berkuasa. Batas halal dan haram dalam segala aspek, barangan, operasi dan akhlak dalam semua urusan, adalah sempadan dalam kegiatan ekonomi. Sistem ekonomi liberal kapitalis tidak mempunyai roh akhlak, halal – haram ini. Semua ini bertujuanuntuk menjaga kesaksamaannya dan keharmonian dalam kehidupan manusia yang bermasyarakat madani. Dalam aspek sumber kewangan masyarakat dan negara, maka Islam mewajibkan sumber zakat secara ibadat yang menjadi rukun Islam kepada penganutnya.

 Para ulama juga mengizinkan percukaian dilaksanakan sekiranya sumber kewangan negara tidak mencukupi dengan konsep yang adil seperti zakat juga. Zakat diwajibkan keatas penganut Islam sehingga dimasukkan dalam rukun agama dan ibadat yang tidak boleh dibatalkan. Maka zakat tidak boleh dikenakan kepada penganut bukan Islam kerana hak yang berbeza dalam prinsip ibadat dan konsepnya. Adapun cukai dikenakan kepada penganut bukan Islam dan penganut Islam juga dalam konsep bermasyarakat dan bernegara. Sekiranya kewangan negara mendesak maka cukai boleh ditambah; dikurang dan boleh pula dihapuskan sekiranya sudah ada sumber kewangannya mencukupi atau sebab-sebab yang lain. golongan tidak diwajibkan zakat. 

Zakat terhadap penganut Islam diwajibkan kepada kalangan berkemampuan dan kaya sahaja, dimana kalangan miskin tidak diwajibkan zakat. Maka hukum Islam menetapkan kadar mewajibkannya yang dinamakan nisob. Dimana nisob ini juga dikira kadar lebihan daripada keperluan diri, keluarga dan pengurusan, dengandikecualikandaripada perkiraannya. Mereka yang berpendapatan tidak mencapai nisob dikira miskin atau yang tegarnya dinamakan fakir dan tidak diwajibkan zakat. Pungutan zakat pula mengikut haul (tahunan) atau musim bagi hasil pertanian. Maka cukai yang dikenakan bagi keperluan negara yang melibatkan rakyat supaya menyumbang, tanpa mengira agama hendaklah berpandukan konsep pungutan zakat dengan mengecualikan kalangan miskin daripada cukai dan juga tidak membebankan lebih daripada kemampuan, serta menghalang bebanan daripada kesannya seperti berlakunya inflasi.

 Khalifah Umar bin Al Khattab r.a. dan Umar bin Abdul Aziz yang banyak memperkenalkan cukai yang dinamakan jizyah,kharaj dan usyur, daripada sumber kegiatan ekonomi, berpandukan kepada konsep yang tidak membebankan rakyat miskin dalam sistem zakat. Maka cukai tidak dikenakan terhadap kalangan rakyat yang pendapatannya tidak mencapai tahap selesa atau kalangan penganggur atau kalangan yang bergantung sumbangan daripada pihak lain seperti paderi dan sami atau yang berkhidmat kepada negara dan masyarakat. cukai boleh dihapuskan Cukai boleh dihapuskan kerana tidak berkait dengan ibadat, tidak seperti zakat yang diwajibkan dan tidak boleh dibatalkan kepada penganut Islam kerana ianya dimasukkan dalam perkara ibadat sepanjang masa. 

Sejarah membuktikan bagaimana cukai lebih rendah kadarnya dibandingkan dengan zakat. Penurunan dan sehingga penghapusan cukai pula berlaku tidak seperti zakat, apabila tujuan daripada pungutannya tidak ada lagi kerana hasil lain yang mencukupi atau pihak berkenaan tidak berfungsi menunaikan tanggung jawab terhadap pembayar. Contohnya Abu ‘Ubaidah (pemerintah wilayah Syam) membatalkan cukai jizyah yang bertujuan menjaga keselamatan pihak yang membayar daripada kalangan bukan Islam, apabila beliau menghadapi ancaman pihak tentera Rom, sehingga tidak mampu menjaga keamanan pembayar, atau mereka yang terlibat bertugas menjaga keamanan dan keselamatan.Cukai juga dikurang bahkan ditiadakan apabila sumber yang lain telah mencukupi, contohnya Khalifah Umar bin Al Khattab pernah menghapuskan Usyur (cukai perniagaan) yang dikenakan kepada barangan asasi keperluan harian rakyat di tahun kemelesetan ekonomi bagi menurunkan harganya.

 Adanya kalangan negara Arab yang mempunyai sumber petroleum yang banyak membatalkan beberapa cukai kerana mewarisi kesan pemerintahan Islam. Khalifah Umar bin Al Khattab dan Umar bin Abdul Aziz adalah contoh yang paling ideal kerana memerintah di zaman paling majmuk, wilayah yang luas dan mencabar. Di antara arahan mereka adalah melarang sekeras-kerasnya mengenakan cukai tanpa kemampuan pembayarnya. Mereka menggalakkan pengurusan yang menambahkan sumber yang ada tanpa membebankan rakyat bahkan mengancam untuk memecat sesiapa sahaja yang menaikkan cukai tanpa berlaku adil dan menunjukkan tidak berkemampuan mengendalikan urusan kewangan wilayahnya yang diberi autonomi. krisis kewangan 

Terkini negara kita sedang menghadapi krisis kewangan walaupun pihak kerajaan sentiasa menafikannya. Maka dilakukan kenaikan cukai yang telah sedia ada dan mengadakan cukai baru. Terakhir pula diperkenalkan GST, cukai terhadap barangan dan perkhidmatan. Alasannya supaya berlaku adil dengan melibatkan semua rakyat tanpa mengira kaya dan miskin menanggung bebanan menampung keperluan negara. Pendekatan ini adalah salah tafsir terhadap prinsip keadilan, konsep dan objektifnya. Adil mengikut takrif Islam adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukannya membebankan kepada semua tanpa mengira tahap kemampuan. Sudah pasti ada kalangan yang miskin yang terbeban dengan terlalu sedikit penambahan cukai daripada barangan keperluan dan menanggung kesan inflasi juga terhadap barangan yang kononnya tidak bercukai atau dalam kawalan. 

Dalam masa yang sama ada segelintir kalangan yang kaya-raya dan tidak bermasalah dalam semua keadaan, mereka inilah yang sepatutnya mengambil tanggung jawab cukai tambahan. Sepatutnya pihak kerajaan yang diamanahkan melakukan muhasabah diri secara ikhlas, terhadap ketirisan daripada sumber yang telah sedia ada dan membetulkan kesilapan yang berlaku serta berani,tegas dan telus bertindak terhadap penyelewengan, disamping melakukanislah(reformasi) sebelum transformasi. Transfomasi tanpa Islah boleh membawa keadaan yang lebih parah. Saya tegaskan dalam ucapan bajet, bahawa ketirisan berlaku dengan sebab projek mewah sehingga meninggalkan perkara aulawiyyat(keutamaan) bagi rakyat menyebabkan keborosan dan pembaziran.

 Masih berlakunya rasuah yang mencacatkan projek yang dirancang dengan baik dan menggagalkannya. Hutang bersama riba yang terpaksa dibayar daripada peruntukan negara dan bencana alam disebabkan kesalahan manusia dan lain- lain. Kebocoran ini menyebabkan defisit yang memerlukan penampungan daripada sumber kewangan tambahan. Semuanya daripada kesalahan kerajaan, bukannya rakyat. Penyelesaiannya bukan dengan membebankan rakyat yang lemah,dengan menaikkan cukai sedia ada, mengadakan cukai baru dan kenaikan harga barangan daripada kesannya yang tidak terkawal, termasuklah bayaran tol yang sepatutnya diturun dan akhirnya dihapuskantetapi dijadikan kesempatan mengambil duit rakyat tanpa mengira kaya dan miskin. menyekat ketirisan.

 Penyelesaiannya ialah menyekat ketirisan dan menghapuskannya. Bertindak terhadap sumber dan puncanya dengan berani, ikhlas dan tegas. Menampung kekurangan sementara waktu terhadap mereka yang berkemampuan sahaja dengan menukarkan bayaran rasuah untuk segelintir manusia, digantikan kenaikan cukai untuk semua rakyat. Memayungi rakyat yang lemah supaya tidak menerima tempiasnya dengan langkah yang bijak, saperti kawalan harga barangan keperluan, penurunan dan penghapusan cukai dan subsidi dengan cara yang sistematik daripada sumber kekayaan dan keuntungan pihak tertentu. Malangnya kerajaan mengambil jalan pintas tanpa peduli rakyat. GST adalah percukaian zalim, kalau zakat dikira nisob nya, adapun GST tanpa nisob mengambil daripada sekecil-kecil barangan dan mencakar paling miskin, sehinggalah paling mahal dan paling kaya, bahkan yang kaya lebih selesa. 

Kalau zakat mengikut haul (tahun) dan musim, maka GST setiap hari dan saat. Kalau cukai mengikut Islam mengambil iktibar daripada zakat, maka GST mengikut selesa tanpa iktibar. Laksana lebih daripada raja yang merampas kapal yang elok, adapun yang dirosakkan tidak dirampas. Maka jauh sekali daripada menyontohi raja yang adil, Dzulkarnain yang disanjung oleh Al Quran apabila tidak menerima cukai kerana kewangannya surplus, bahkan GST adalah menyontohi raja zalim yang merampas setiap kapal. 

 CERETAN OLEH  TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
09 JAN 2014

Tuesday, 7 January 2014

Peniaga terlibat kebakaran diharap tabah hadapi ujian

RANTAU PANJANG: Para peniaga Pasar Besar Rantau Panjang yang kehilangan punca rezeki mereka akibat terbakar tengah malam tadi diharap banyak bersabar dengan musibah yang berlaku.


Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang Siti Zailah Yusuf antara yang terawal turun ke tempat kebakaran pagi tadi mengucapkan takziah kepada peniaga-peniaga yang menerima musibah itu.



"Kita kena terima musibah ini, dan insyallah akan digantikan dengan rezeki lain selepas ini," katanya.



Zailah turut menasihati para peniaga yang kehilangan peniagaan mereka agar membuat laporan polis dengan segera bagi memudahkan mereka memohon bantuan sama ada dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kerajaan Negeri dan Jabatan Pembangunan Persekutuan.



Beliau juga akan melancarkan tabung kebakaran terutama bagi mereka yang kehilangan modal dan tinggal sehelai sepinggang.



"Kita berharap orang ramai boleh menyalurkan derma kepada mereka kerana ada di kalangan para peniaga yang masih berhutang dengan tauke-tauke besar.



"Iaitu kebanyakkan mereka ambil barang dahulu dan bayar kemudian selepas dapat untung," katanya yang turut bersimpati dengan mereka.



Sementara itu, Dewan Pemuda Pas Kawasan Rantau Panjang dan Pemuda Pas Dun Gual Periok akan melancarkan derma kilat bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat.



Insiden kebakaran yang berlaku pada 11.30 malam tadi berjaya dipadamkan oleh pihak bomba kira-kira dua jam selepas itu. Namun nilai kerugian masih lagi disiasat.



Kejadian itu juga turut mendapat perhatian Menteri Besar Kelantan Ustaz Datuk Ahmad Yakob yang turun melawat tempat kejadian pagi ini

Mesyuarat Harian PAS Kawasan bersama DHPP Ipoh Timur




6 Januari 2014, satu mesyuarat bersama DHPP dan AJK PAS Kawasan Ipoh Timur telah selamat dijalankan di PASTI Taman Cempaka.  DHPP akan berkerjasama dengan PAS Kawasan Ipoh Timur mengadakan satu ceramah Isu Semasa. Program tersebut akan menjemput 3 orang penceramah hebat. Iaitu YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS Malaysia, Cik Kumutharaman, Ketua DHPP Wanita Malaysia, dan YB Wong Kah Woh ADUN Canning.
 Program tersebut akan berlangsung pada 25 Januari 2014 jam 8.00 malam. Harapan semoga program ini dapat dijalankan dengan sebaiknya dan mendapat kerjasama dari semua pihak. Jom pakat-pakat dapat 25 Januari 2014 bertempat di PASTI Bestari Taman Cempaka, Ipoh. Isu semasa yang kita perlu tahu sebagai rakyat Marhaen.

Monday, 16 December 2013

Sah, 2014 bakal diingati Tahun Barang Naik - Rafizi


KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli berkata, kenyataan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) seperti yang dilaporkan media bahawa kerajaan sedang menimbang untuk menaikkan tambang pengangkutan awam mengesahkan lagi dakwaan beliau sebelum ini bahawa tahun 2014 bakal diingati sebagai Tahun Barang Naik (BN) 2014.
“Saya pernah memberi amaran bahawa Barisan Nasional merancang untuk menaikkan satu persatu harga perkhidmatan dan barang keperluan sepanjang tahun 2014 untuk memastikan kenaikan harga ini berlaku sebelum GST dilaksanakan menjelang Mac 2015,” ujar Pengarah Strategi PKR itu dalam satu kenyataan.
Katanya, Barisan Nasional tahu bahawa pelaksanaan GST akan melonjakkan kadar inflasi, maka sukar untuk mereka menaikkan harga barang keperluan selepas pelaksanaan GST memandangkan pilihanraya umum perlu dipanggil sekitar 2017 atau 2018.
Beliau berkata, keputusan untuk menaikkan harga barang telah pun dibuat seawal tahun pertama Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam tahun 2009 lagi.
Malah sejak 2009, ujarnya Pemandu dan menteri yang bertanggungjawab, Datuk Seri Idris Jala secara terbuka membincangkan rancangan penarikan balik subsidi dari pelbagai sektor termasuk kadar pengurangannya sekali yang melibatkan kadar tol, harga gula dan makan, tarif elektrik dan lain-lain. Katanya, kenaikan-kenaikan hanya tidak dilaksanakan kerana Barisan Nasional takutkan kemarahan rakyat mempengaruhi tahap sokongan PRU13.
Namun kini, ujar beliau selepas penyelewengan PRU13 yang mengembalikan Barisan Nasional ke Putrajaya, mereka mengambil kesempatan untuk mula melaksanakan keputusan-keputusan menaikkan harga barang yang telah dirancang selama ini.
“Pengumuman berturut-turut melibatkan kenaikan harga petrol/diesel, harga gula dan harga elektrik mengesahkan bahawa akan ada lagi kenaikan lain yang bakal diumumkan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan.
Malangnya, tambah beliau kenaikan-kenaikan ini melibatkan barang dan perkhidmatan ruji (essential goods and services) yang membawa kesan berganda kepada harga-harga barang yang lain. Menurutnya, peningkatan kos tenaga dan makanan utama bermakna kos pelbagai barang dan perkhidmatan lain yang berkait dengannya akan turut naik.
Katanya lagi, kesan berganda ini sudah tentu mempengaruhi kadar inflasi yang akhirnya menaikkan harga barang secara keseluruhan. Beliau menambah, lebih memualkan ialah apabila sebarang penjimatan yang diperolehi Kerajaan Persekutuan dari kenaikan harga barang ini akan dibazirkan melalui pembaziran projek-projek besar dan pemberian BR1M yang tidak mengubah kedudukan sosio ekonomi golongan berpendapatan rendah.
Menurutnya, jumlah bantuan yang diberikan melalui BR1M, walaupun menelan hingga RM7 billion, tidak pun dapat membantu rakyat berhadapan dengan kenaikan harga yang berturut-turut ini.
“Oleh yang demikian, jika Barisan Nasional ingin membuktikan bahawa mereka tidak merancang untuk menaikkan harga barang satu persatu sepanjang tahun 2014 sebelum pelaksanaan GST seperti yang saya dakwa, saya mendesak Barisan Nasional membuat akujanji dengan rakyat bahawa tidak akan ada sebarang kenaikan tambang pengangkutan awam sehingga tahun 2017.
“Jika akujanji ini dibuat, saya bersedia memohon maaf secara terbuka kepada Barisan Nasional kerana konsisten mengkritik cadangan mereka memotong subsidi dan menaikkan harga barang satu persatu dalam tahun 2014 ini,” ujarnya lagi.

Tuesday, 18 June 2013

Sidang Parlimen ke-13 dijangka paling panas



TANGGAL 24 Jun ini akan menyaksikan permulaan episod baru dari kalendar Parlimen negara. Sidang Parlimen ke-13 ini dijangka lebih menarik dan mencabar khususnya bagi Ahli Parlimen BN mahupun PR, susulan keputusan PRU13 yang berakhir Mei lalu. Antara isu yang akan menjadi tumpuan di awal sidang Parlimen ini adalah persoalan sama ada Ahli Parlimen PR akan mengangkat sumpah pada sesi pembukaan Dewan Rakyat, Isnin ini. Ramai pastinya tertunggu-tunggu adakah PR akan kotakan janjinya yang menegaskan akan tetap mengangkat sumpah, meskipun sebelum ini membiarkan ia menjadi tanda tanya. 


 15 Jun lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh, menegaskan kesemua Ahli Parlimen PR tidak akan memboikot persidangan Parlimen ke-13 dan akan mengangkat sumpah 24 Jun ini. Walaupun PR mengangkat sumpah, isu ini pastinya akan menjadi modal pihak lawan kerana PR masih lagi belum secara rasmi mengiktiraf keputusan PRU13 yang dimenangi BN. BN dijangka akan menggunakan isu ini sebagai 'perang psikologi' terhadap Ahli Parlimen pembangkang yang sebelum ini menyatakan pendirian akan memboikot sidang Parlimen. Selain itu, isu dakwat kekal juga dilihat akan menjadi tajuk utama perbahasan dalam tempoh awal sidang Dewan Rakyat. Ini kerana penggunaan dakwat kekal pada mulanya diluluskan oleh Parlimen dan kemudiannya dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam PRU13. 


 Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, yang baru dipilih rakyat, percaya isu dakwat kekal akan menjadi fokus utama dalam persidangan kali ini. “Saya sering menerima surat-surat daripada rakyat mengenai isu dakwat kekal ini dan percaya, minggu pertama persidangan akan hangat,” katanya. Dalam PRU13, perlaksanaan dakwat kekal dilihat tidak sempurna kerana wujud dakwaan dakwat tersebut boleh tanggal tidak sampai beberapa jam setelah dicalit petugas SPR. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf, sendiri mengakui perlaksanaan dakwat kekal tidak seperti yang beliau jangkakan, walaupun pelbagai usaha dan kajian dilakukan untuk memastikan ia menepati matlamat.



 “Kalau orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal,” katanya kepada Sinar Harian. Selain itu, isu-isu lain yang dijangka akan disentuh di peringkat awal persidangan adalah isu perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP), janji manifesto PRU13, isu penurunan harga kereta dan isu bantahan pilihan raya seperti Himpunan Blackout 505. Dalam sesi perbahasan kali ini, muka-muka baru ahli parlimen pembangkang yang dijangka mampu memberi impak adalah Rafizi dari PKR; Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan (Pas); Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari (DAP) dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Pas). Bagaimanapun, PR kehilangan pemimpin yang boleh berhujah seperti Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Dr Dzulkifli Ahmad dan Salahuddin Ayub kerana kalah pada PRU13.



 BN pula pastinya akan diketuai Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, setelah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana, yang bertanggungjawab ke atas Parlimen. Muka-muka baru dalam BN pula antaranya, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa (Umno); Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Umno) dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim (Umno). Namun, BN pastinya kehilangan tokoh-tokoh pendebat seperti Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman kerana telah dilantik menganggotai barisan Kabinet. Selain itu, BN juga kehilangan Datuk Saifuddin Abdullah, Dr Mohd Puad Zarkashi dan Datuk Mohamad Aziz kerana kalah dan tidak bertanding dalam PRU yang lalu. 



 Jika dilihat dari senarai ahli parlimen kali ini, BN banyak didominasi wakil dari Umno, manakala PR mempunyai jumlah ahli parlimen yang seimbang di antara ketiga-tiga parti. Berdasarkan keputusan PRU13, Umno berjaya memenangi 89 kerusi dari 133 kerusi keseluruhan BN, manakala PR pula mendapat 89 kerusi, iaitu DAP (38), PKR (28) dan Pas (21). Sidang kali ini juga menyaksikan ketiadaan Ahli Parlimen Bebas kerana semua mereka, termasuk Datuk Zulkifli Noordin, yang bertanding atas tiket BN di Parlimen Shah Alam, kalah pada 5 Mei lalu. 



 Namun, yang pastinya rakyat mahukan perbahasan dan hujah di Dewan Rakyat kali ini lebih baik, bernas dan bukan retorik. Kegagalan BN mendapat majoriti dua per tiga dalam Parlimen juga dilihat akan memainkan peranan penting kerana berdasarkan perbezaan jumlah Ahli Parlimen kali ini, bukan mudah sesuatu keputusan berpihak kepada kerajaan. Jika kesemua Ahli Parlimen komited untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan, rakyat pastinya akan dapat menilai sejauh mana wakil rakyat mereka mampu berkhidmat untuk rakyat. Artikel Berkaitan

Wednesday, 5 June 2013

Mas kahwin RM41,101?.. Kerja apa si Saiful ni?

Mukhiz menepung tawar kepada pasangan pengantin


                                        Ustaz Nasharuddin turut hadir


Pemilik Blogger , Papagomo juga hadir meraikan pengantin

Sekarang musim orang kahwin. Yang suka dilihat adalah gambar Ustaz Azhar Idrus berkahwin tiga. Namun ada satu perkahwinan yang tidak berapa suka dilihat khasnya oleh ahli PAS. Ia adalah perkahwinan Saiful Bukhari dengan pasangannya Nik Suryani Megat Deraman di Dewan Dataran Karyawan Kompleks Belia Sukan Seksyen 7 di sini malam tadi. Yang tak suka dilihat adalah tokoh-tokoh yang turut serta di majlis resepsi itu selepas majlis akad nikah di Kuala Terengganu. 
 Dengan bertemakan Garden Wedding, kira-kira 800 pengunjung yang hadir pada majlis tersebut turut dihiburkan dengan alunan music jazz yang dibawa oleh Jimmy and Fans semasa majlis itu sedang berlangsung. Menurut blog KLpos, antara tetamu kenamaan yang hadir pada majlis tersebut adalah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukriz Mahathir, bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Perkasa Zulkifli Noordin dan blogger kontroversi Papa Gomo. Pada 25 Mei lalu, Saiful Bukhari Azlan diijabkabulkan di Masjid Kristal Taman Tamadun Islam (TTI) berwalikan bapa pengantin perempuan sekaligus sah bergelar suami kepada salah seorang personaliti TV3, Nik Suryani. Dengan jumlah mas kahwin berjumlah RM41,101, majlis diserikan dengan 9 dulang hantaran yang diiringi rombongan pengantin lelaki dan dibalas 11 dulang dari pihak keluarga Nik Suryani ~ Harakahdaily

Thursday, 30 May 2013

Zambry Kadir Akan Bubarkan DUN Dalam Tempoh 6 Bulan Lagi?


Beberapa ADUN UMNO didakwa akan melompat dan juga petisyen dari PR Perak yang peluang cerah untuk menang 2 atau 3 kerusi, DS Zambry Kadir mungkin menghadap DYMM Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak.

UMNO kemungkinan besar tidak akan membenarkan keputusan mahkamah menentukan kerajaan rakyat Pakatan Rakyat.

Bagi UMNO mereka tidak akan serah ,kuasa dengan begitu mudah. Pilihan baik DS Zambry Kadir membubarkan DUN Perak ,lantas mengadakan Pilihanraya Negeri Perak sekali lagi.

UMNO sekali mengharapkan undi orang Melayu untuk menyelamatkan kerajaan mereka

Tuesday, 28 May 2013

Kejadian Lampu Padan : Wan Ahmad malukan SPR

KUALA LUMPUR: Tindakan Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang membuat penafian melulu terhadap dakwaan berlakunya 'lampu padam' di beberapa kawasan ketika pengiraan undi pada 5 Meli lalu, hanya memalukan bukan sahaja diri beliau malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri. Bagi Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, tindakan Timbalan Pengerusi SPR itu hanya menunjukkan sikap angkuh beliau seperti tidak mahu mangakui wujudnya kepincangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. "Saya nak ingatkan beliau (Wan Ahmad), jangan cepat sangat buat penafian, selidik lah dahulu dakwaan-dakwaan yang di kemukakan. "Jangan ambil sikap mudah anggap semua dakwaan dari rakyat ini sebagai fitnah, sekurang-kurangnya dengar dan selidik lah dahulu sebelum buat kenyataan balas," katanya kepada Harakahdaily. 

 Sebelum ini beberapa pihak memuat naik sekeping gambar di internet mendakwa berlaku insiden lampu padam ketika proses pengiraan undi pada PRU13 lalu. Tidak berapa lama kemudian, Wan Ahmad tampil dengan kenyataannya bahawa gambar tersebut adalah fitnah. Malah beliau dengan tegas mendakwa gambar itu hanya lakonan pihak tertentu yang dirakamkan sebelum PRU-13 lagi. Sehari selepas penafian Wan Ahmad itu, Adun PAS Seri Serdang Noor Hanim Ismail mengadakan sidang media mengatakan sememangnya insiden lampu padam itu berlaku di salah satu pusat mengundi di kawasannya. 

 Menurut Noor Hanim, kejadian itu berlaku pada 5 Mei lalu di Sekolah Kebangsaan Serdang, dan dirakam oleh ejen penjumlahan undi dari parti tersebut. Selain beliau, satu lagi bukti laporan polis turut ditampilkan ketua pasukan #SiasatPRU13 Rafizi Ramli dengan mendakwa insiden sama turut berlaku di Parlimen Kulim Bandar Baharu. Hari ini pula, Wan Ahmad dengan nada berbeza membayangkan kenyataannya sebelum ini tidak tepat kerana penafian itu dibuat berdasarkan laporan 24 yang diterima selepas hari pengundian. Katanya, pihak SPR telah menghubungi pegawainya, polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan dimaklumkan tiada laporan lampu padam diterima. Mengulas lanjut, Mohd Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Kerai berkata, SPR jangan menganggap bahawa PRU13 kali ini paling 'perfect'. Sebaliknya segala dakwaan kepincangan serta bukti yang ditampilkan oleh rakyat harus didengar dan disiasat dengan baik.

Muslimat Ipoh Timur :Ada tangan - tangan ajaib yang padamkan lampu itu dan terjadi pulak di tempat-tempat tertentu. Elok sahaja habis pengiraan undi lampu pun dipasang balik. Macam Lawak je... Wahai SPR jangan jadi anjing BN untuk kepentingan sendiri nanti anda akan merana. Nanti kena penjara macam di Thailand baru tahu .Semoga kebenaran akan berjaya ditegakkan oleh Pakatan Rakyat. Jangan mengaku kalah, perjuangan itu memang pahit kerana syurga itu manis...

Thursday, 14 March 2013

Lahad Datu: PAS Perak gesa batal program hiburan



KUALA LUMPUR: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak meminta agar semua agensi kerajaan negeri agar membatalkan semua bentuk hiburan di dalam program-program yang akan diadakan bagi menghormati anggota keselamatan yang terkorban dalam tragedi di Lahad Datu, Sabah.

“Kami mahu rakyat insaf dan terkesan dengan insiden seumpama ini dan mana-mana program hiburan yang dirancang jelas menunjukkan ketidakprihatinan kita bagi menghormati wira-wira negara yang telah terkorban,” ujarnya Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri al-Amin (gambar) dalam satu kenyataan.

Katanya, PAS Perak dimaklumkan ada beberapa program besar yang dirancang oleh kerajaan negeri nanti akan diselitkan dengan pengisian hiburan.
Tambahnya, PAS negeri merasakan ianya sesuatu yang amat mendukacitakan bagi rakyat jika perkara itubenar dan pihak kerajaan negeri masih mahu meneruskan program tersebut tanpa mengambil kira sensitiviti keluarga wira-wira negara yang terkorban.
Katanya, ketika kejadian tsunami yang pernah berlaku pada akhir Disember 2004 lalu, Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Mohamed Ghazali, yang ketika adalah Menteri Besar Negeri Perak telah membatalkan semua bentuk hiburan termasuk sambutan malam ambang tahun baru yang telah dijadikan acara tahunan.
\“Justeru itu, kami mengharapkan terutamanya Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir seorang yang berkelulusan agama akan dapat memastikan agar semua bentuk hiburan yang dimasukkan di dalam program-program kerajaan negeri ini akan dibatalkan,” ujarnya
.

Wednesday, 13 March 2013

Dengarlah nasihat ibumu ini...



Suatu hari Ibu ikan memberikan nasihat kepada anak-anaknya. "Wahai anak-anakku, didorong rasa sayang ibu kepada kalian, ibu berpesan seandainya ada benda melengkung seperti logam (kail) berisi makanan atau cacing (umpan) kesukaan kalian tolong jangan kalian makan. Itu sangat berbahaya! Jika kalian memakannya maka logam melengkung tadi akan menjerat kerongkong kalian. Kemudian kalian akan ditariknya ke atas darat. Jika hal itu terjadi, ibu sudah tidak dapat membantu kalian lagi. Mulai saat itu kehidupan kalian akan terseksa. Kalian akan bertemu dengan makhluk raksasa bernama manusia. Manusia itu akan membunuhmu kemudian menguliti sirip-siripmu dengan pisau, membedah perutmu kemudian mengeluarkan isi perutmu. Setelah itu kalian akan diberi segala perasa dan dimasukkan ke dalam kuali berisi minyak yang mendidih. Tubuh kalian akan digoreng di dalamnya. Kalian akan menggelepar dan sangat tersiksa. Ingatlah akan nasihat Ibu ini!"



Begitulah manusia, jika tidak mengikuti nasihat Nabinya yang merupakan utusan ALLAH SWT. Maka akan mengalami kehidupan yang sengsara dan menderita terutama di akhirat nanti. Pancingan dunia yang mempesona dengan umpan-umpan harta, pangkat dan jabatan jika tidak digunakan dengan cara agama (sesuai petunjuk ALLAH SWT dan contoh Rasul-Nya) atau digunakan untuk agama. Maka pancingan dunia tadi akan membuat manusia terjerat penderitaan abadi tiada akhir. Manusia akan menggelepar, mengerang sakit tak terperi dan terseksa dalam dahsyatnya azab neraka. Penyesalan saat itu sudah tidak ada ertinya lagi. Air mata darah sekalipun sudah tidak berguna sama sekali. 
"Wahai manusia dengarkanlah nasihat Nabimu!!!"

p/s: moga kita tidak dilalaikan dengan tipu daya dunia yang sentiasa membelenggu di leher-leher kita semua.


Friday, 8 March 2013

Kejadian Wanita








Ketika Allah menciptakan wanita,
Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"

Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti dibersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh digerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan... 

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya... 

Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan... Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...  Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?" "Tetapi... ,Engkau membuatnya begitu halus & lembut" "Ya... , AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa" "Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya

Malaikat itu menyentuh dadanya, "Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya" "Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga" "Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya... .., Harus... !!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki... 

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri... 

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit... 

Mampu tertawa saat hatinya menangis...  Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya... 

Dia boleh melawan ketidakadilan... 

Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia... 

Hatinya terluka saat melihat kesedihan... 

Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka... 

"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya satu hal... .., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"

selamat hari wanita kepada semua wanita diseluruh dunia. Ketahuilah akan peranan anda yg sangat besar untuk melahirkan para pejuang. Sessugguhnya setiap kejadian Allah itu banyak manfaatnya. Hargailah dirimu wahai wanita. -Jadikanlah anda seorang wanita solehah. :-)

Wednesday, 6 March 2013

Adanya media baru segala ketidakadilan dikenalpasti


(Bayangkan kalau kad ini ditemui ketika Lokman ini masih bersama PKR ketika tragedi Lahad Datu ini berlaku)


KUALA LUMPUR: Bayangkan jika peristiwa keganasan di Lahad Datu berlaku 10 tahun yang lalu sudah pasti pemimpin  Pakatan Rakyat dicincang lumat oleh media ortodok Umno di negara ini. Namun bersyukurlah kerana di zaman informasi bebas bergerak ini, ia tidak berlaku.

"Nasib menyebelahi PR kerana sekarang ada media baru, maka penjelasan boleh dibuat secepat kilat," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Dengan ini, katanya, perancangan mereka untuk mengaitkan peristiwa ini gagal. Beliau dipercayai mengulas tindakan Umno yang cuba mengaitkan peristiwa di Lahad Datu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun ia gagal kerana media sosial yang bebas bergerak berjaya memberikan gambaran sebenar apa yang berlaku. 

"Cuba bayangkan sewaktu langit terbuka ini pun media Umno masih menyebarkan fitnah kononnya ia ada kaitan dengan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. 


"Pelik bin ajaib, di Semenanjung mereka menuduh Pakatan Rakyat hendak buang Raja, manakala di Sabah Pakatan Rakyat hendak melantik Raja," kata Idris. Beliau mempersoalkan, kenapa pemimpin Umno BN masih berfikiran primitif walau pun berada di zaman maklumat di hujung jari. 

Katanya, di dalam suasana gawat sehingga terkorban anggota keselamatan,  media yang menjadi tali barut Umno tidak pernah bertaubat dan insaf untuk menghentikan kerja jahat mereka demi memuaskan nafsu serakah ketuanya.

Penjelasan pantas melalui media alternatif seperti  kenyataan yang disiarkan portal berita interaksyon.com , anak kepada Sultan Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram menafikan ada hubungan dengan pembangkang Malaysia.

Bagi beliau, media Umno cuba menggelap berita bagaimana Saudara Lokman Adam Exco Pemuda Umno mengaku menjadi penasihat Sultan Sulu. 

"Jika Lokman ini pemimpin PR, maka gegak gempita dunia dengan mengatakan bahawa PR menjadi penasihat kumpulan pengganas Sultan Sulu sehingga mengorbankan anggota keselamatan negara," katanya.