Wednesday, 9 January 2013

Detik bersejarah negara akan tercipta 12 Jan ini

KUALA LUMPUR: “Saya yakin rakyat menyambut komitmen KPN dengan kehadiran yang luar biasa melangkaui himpunan sebelum ini,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia Riduan Mohd Nor. Beliau berkata, bersejarahnya himpunan 12 Januari nanti kerana jutaan rakyat Malaysia menyatakan sokongan bagi membina sebuah negara baru yang lebih bertamadun, menghormati hak asasi manusia, lebih demokrasi, adil, amanah, menjaga kebajikan rakyat, serta menolak pemimpin rasuah, korupsi, tidak amanah, tiada moral, bermewah-mewahan dengan duit rakyat, dan yang mementingkan kroni. Riduan menyatakan demikian sebagai respons kepada komitmen Ketua Polis Negara yang telah memberi jaminan untuk memberikan kerjasama terhadap penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari 2013 dan polis akan bertindak sebagai pemudahcara pada perhimpunan tersebut.
 KPN juga memberi komitmen menjadikan perhimpunan HKR sebagai “detik bersejarah” selepas “belajar dari kekurangan” yang berlaku semasa perhimpunan sebelum ini. “Saya menyambut kenyataan ini dengan perasaan gembira, bersyukur dan bangga. Bangga kerana pihak PDRM sudah mula belajar dari kesilapan menguruskan proses demokrasi yang dianjurkan oleh rakyat sebelum ini,” ujar Riduan dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
 Baginya, PDRM sudah mula belajar bahawa jika himpunan diuruskan secara aman, rakyat pasti gembira. Tambahnya, tiada insiden yang memalukan mahupun yang menyayat hati berlaku ke atas rakyat dan kesudahannya akan menyusahkan PDRM dan kerajaan di kemudian hari. “Lihatlah bagaimana episod kesudahan terhadap Himpunan Bersih 1, 2 dan 3 yang berakhir dengan Malaysia menjadi bual bicara yang memalukan masyarakat antarabangsa selama berbulan lamanya,” katanya lagi. Menurutnya lagi, bukan sukar sebenarnya menguruskan himpunan dalam sebuah negara demokrasi.
 Katanya, apa yang penting kerjasama yang erat antara pasukan keselamatan dengan penganjur himpunan. Jelasnya, penganjur bukannya mahu melakukan jenayah, mereka hanya mahu menegakkan hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan. Selama ini pun, kata beliau tidak pernah berlaku insiden keganasan dicipta oleh peserta himpunan melainkan apabila mereka diprovokasi, diganasi, diugut dan lain-lain tindakan yang diluar kewarasan pemikiran.

Tuesday, 8 January 2013

Sonamu : Rakyat Kelantan tidak Perlu Bimbang

KOTA BHARU
: Masyarakat Kelantan diminta bertenang serta tidak panik berhubung penyebaran ribut tropika Sonamu. Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan, belum menerima sebarang kenyataan berhubung perkara itu apa lagi meminta masyarakat membuat persediaan keselamatan. Pengerusinya, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, ketika memberitahu media berkata, belau sendiri telah menghubungi pihak Jabatan Meteorologi Kelantan untuk bertanyakan berhubung perkara itu. Beliau juga turut mengingatkan masyarakat Kelantan supaya tidak mengambil ‘maklumat’ dari pihak luar, sebaliknya melalui stesen radio atau alat sebaran yang sah. “Jabatan metereologi hanya meramalkan sahaja, bukan sesuatu perkara yang pasti, kita kena faham,” ujarnya. Beliau bagaimanapun berkata, sekiranya ia berlaku, pihak MKN telah mempunyai kaedahnya untuk menangani masaalah itu. “Jadi kita seru orang ramai jangan panik, jangan ambil maklumat dari pihak yang tidak sah, melainkan melalui radio, media massa yang diiktiraf,” ujarnya.

Tuesday, 18 December 2012

MAKLUMAT YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK KEMPEN PRU 13

                                             Agenda berkebajikan Wanita malaysia
                                            Bahan-bahan kempen pilihanraya Umum ke 13

Monday, 19 November 2012

MUKTAMAR PAS SELESAI SUDAH

                             Majlis perasmian Muktamar DMPP
                              Bersama pimpinan PAS Pusat/ Negeri
                               Pewakilan Ipoh Timur
                                Selamat bermuktamar kepada  semua pewakilan
                          Sebahagian pewakilan dan pemerhati Muktamar DMPP
                            Muktamar PAS Pusat di PUTIK
                              Perasmian Gerai Pameran Muktamar
                            Tuan Guru Haji Hadi Melawat Gerai Pameran
                          Antara pengunjung di Gerai  Pameran PAS Perak iaitu Isteri
                          Pesuruhjaya PAS PERAK
                           Begitu indah senibina  pintu masuk PUTIK


Muktamar DMPP selesai dengan jayanya. Muktamar  DMPP kali ke 53 ini diadakan  pada 14 November hingga 15 November Awang di Kelantan Trade Center. Tuan Guru Haji Hadi Awang telah merasmikan Muktamar tersebut. DMP Ipoh Timur telah mrnghantar 4 orang pewakilan ke sana. Semua pewakilan negeri diberi peluang untuk berucap. Pada 16-18 November pula berlangsungnya Muktamar PAS Pusat yang diadakan di PUTIK (Pusat Tarbiyah PAS Kelantan). Ucaptama dari Presiden amat bermakna kepada semua yang hadir.  ''Sebagai pejuang tidak harus mengalah dan kita harus memilih pemimpin yang baik'' antara petikan ucaptamanya di PUTIK. Saya tertarik dengan keindahan bandar Kota Bharu yang diserikan dengan tulisan jawi disetiap papan tandanya. Ini menunjukkan Kelantan  menyanjug tulisan jawi yang semakin lupus dari kalangan masyarakat kini. Keadaan Kota Bharu yang semakin maju menunjukkan Kelantan bukan sebuah negeri yang miskin seperti yang dinyatakan oleh kerajaan Persekutuan. Saya Sayang Kelantan!. Ayuh sokong kepimpinan Ulama'.

Tuesday, 2 October 2012

PAS IPOH TIMUR BERTAMBAH AHLI BARU!!!

Alhamdulillah Pn Halilah Selamat melahirkan anak lelaki pada 27 September 2012 yg lalu. Bertambah lagi pewaris pejuangan. Semoga anak ini bakal menjadi pejuang meneruskan perjuangan Mama dan Papanya. Keceriaan bertambahlah keluarga ini. :-) Tahniah.

Wednesday, 22 August 2012

"SHOPPING RAYA" DI KOPERASI KELUARGA BAHAGIA

Ipoh , Pengkalan Barat : 17 Ogos 2012 , Imam Radhi dari Cawangan Paloh menyampaikan bantuan kepada 11 keluarga miskin dan anak yatim untuk membeli belah  keperluan Hari Raya di Koperasi Keluarga Bahagia.  Lujnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Ipoh Timur turut membantu menguruskan dan mengagihkan bantuan kepada keluarga yang terlibat.

 Antara barangan yang dipilih untuk persiapan hari raya
Masa untuk 'shopping'
 meninjau barangan keperluan yang ada di Koperasi Keluarga Bahagia
Pengerusi & Timbalan Pengerusi Lujnah Kebajikan DMPIT sibuk di kaunter Pembayaran
 Ketua Cawangan Pasir Puteh turut hadir untuk membantu
 Barangan keperluan yang dipilih untuk dibawa pulang



 Imam Radhi menghulurkan duit raya untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri



Syukur Alhamdulillah , semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada AJK yang terlibat dan sekalung penghargaan kepada penderma yang budiman. Semoga ALLAH melimpahkan rahmat dan memberkati usaha murni ini.

Dewan Muslimat PAS Ipoh Timur mengambil kesempatan untuk mengucapkan

Salam Lebaran 

Taqabbalallahu Minna wa Minkum dan Minal 'Aidin wal-Faizin