Ramadhan hakikatnya adalah ibarat tetamu. Resmi tetamu adalah dilayan.
Tambahan, Ramadhan bukan sebarang tetamu. Ramadhan adalah tetamu yang membawa pelbagai hadiah yang mahal dan berharga.
Hari ni sudah masuk hari yg ke-26, berbaki 3 hari saja lagi…semakin terasa Ramadhan akan meninggalkan kita, lebih2 lagi dengan berkumandangnya lagu2 Hari Raya di sana sini.
Selepas ini, tidak ada lagi musim yang sama seperti Ramadhan. Musim yang memberi ketenangan kepada jiwa beriman, musim yang menghampirkan hamba-hamba lebih dekat kepada Rabbnya, serta musim yang melapangkan dan menyenangkan jiwa mukmin yang bersungguh-sungguh di dalamnya.
Memang benar apa yang pernah disabdakan oleh Nabi s.a.w.:
“Sekiranya hamba Allah mengetahui hakikat kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan sudah pasti mereka mengharapkan supaya bulan Ramadhan itu kekal sepanjang tahun”.
(Riwayat At-Tabrani)
Bahkan Rasulullah s.a.w. juga menjanjikan dalam Ramadhan ini Allah membuka pintu syurga seluas-luasnya dan menutup pintu neraka serapat-rapatnya, bahkan syaitan dan iblis dibelenggu.Allah sediakan Ramadhan ini khas sebagai satu medan untuk mendidik iman. Sebab itulah, di dalamnya diperbanyakkan dorongan-dorongan untuk melakukan kebaikan, dan disekat dorongan-dorongan untuk melakukan kejahatan.
Sebab itulah, natijah akhir Ramadhan sepatutnya adalah TAQWA.
Allah telah sebutkan dalam surah Al-Baqarah, ayat 3:
(لعلكم تتقون….)
“… supaya kamu menjadi orang-orang yang BERTAQWA.”
Sebab apa TAQWA?Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 197 yang bermaksud:
“…Dan berbekallah kamu, maka sebaik-baik bekal adalah TAQWA.”
Justeru, perlunya kita mengkoreksi diri kita dalam beberapa hari yang berbaki ini, agak-agaknya kita akan keluar sebagai seorang graduan TAQWA atau tidak?
Berjaya atau tidak kita menyambut Syawal yang bakal tiba dengan ijazah TAQWA bersama kita?
Adakah iman kita tertingkat, atau maintain atau menurun?
Iman itu kan dibuktikan dengan AMAL…
Mari muhasabah dengan hari yang berbaki ini..
No comments:
Post a Comment